"People take different roads seeking fulfillment and happiness. Just because they're not on your road doesn't mean they've gotten lost."

Monday, August 22, 2011

Paderi Melayu

Posted by Anonymous Monday, August 22, 2011, under | 26 comments

Videoni dah diupload kat youtube dr sept 2010 lg..tapi dalam tempoh 2 3ari baru la aku terserempak videoni kat AIDC..lambatnye aku. Mungkin ade yg dah tengok. Aku berminat nak share ngan korang utk tgk.. Kadang even kite dah bergelar muslim beragama Islam belum tentu lagi kite akan mati jugak dlm Islam.. ini contoh Tuhan xbagi hidayah inggakan berubah menjadi mubaligh kristian.. orang MELAYU kite!

NOTA: Aku dah cube upload video kt blog, tp asyik fail je..korang klik pd LINK bawah ni jela utk tgk ek..sori2.
Video Benjamin celaka (1) pada minit 6.23 anda boleh dgr kata2 paderi ni begini..

"Saya dari suku M (Melayu), suku yang paling sensitif ya..dan sekarang uji Tuhan, tiada yang mustahil bagi tangan tuhan, orang M juga mampu dipanggil Tuhan dan sekarang uji Tuhan, di Johor sahaja, lebih daripada atau hampir kepada 10,000 ribu jiwa M sudah diselamatkan (dimurtadkan), kata Benjamin Stephen, seorang paderi Melayu.


Korang tengok video Benjamin celaka (2) makin aku meluap panas dengan kelembapan knowledge die mengenai agama Islam..

1-Mengatakan Nabi Muhammad pun xjumpa kebenaran. Buktinya ayat alfatihah yang bermaksud 'tunjukkn aku jalan yg lurus'.. apela sengal dieni.. tengok ayat ni terus die tafsir kata nabi pun dulu terkapai2 cari kebenaran. Padahal itu kite pohon jangan kite mudah tersesat dan mohon petunjuk. Itu je.

2- Cakap nabi kuat zina coz ade banyak isteri..kemudian pertikai nabi kawen ngan Siti khadijah yg lebey tua drpd Baginda. Cetek betol pemikiran die,

3- Cakap orang yang pergi haji kucup hajarul aswad pada Kaabah tu ibarat cium kemaluan perempuan! Ya Allah.. otak yg xcerdik n bengap cam die je leh cakak camtu. geram tol aku tengok.

Komen di youtube:

"benjamin is ignorant about Islam, thats why he left and those christian who listen to this kid.. do you actually believe him?? you know better.. ask the right person..want to know about Islam teaching and practices? ask the real muslim, not some ignorant kid like benjamin" just see the second video and you will see that he doesn't know anything about Islam..where did he learnt all those nonsense???"


Banyak lagi dalam video ni..korang tengokla..Ya Allah bagilah petunjuk n hidayah kepada seluruh umat Islam yg lain moga sentiasa teguh di jalanMu Ya Allah..

Harap jugak umat Islam akidah kite kukuh dengan banyak betol anasir luar nk menngkristianisasi umat Islam sekarang terutamanya di dalam negara Malaysia ni.. Janganlah agama pun dipolitikkan, bersatu utk pertahankan Islam, bukannya utk pertahankn parti!!



Wednesday, August 17, 2011

Letak link profile blog ye senang aku FOLLOW balik =)

Posted by Anonymous Wednesday, August 17, 2011, under | 36 comments

Thanks kepada semua bloggers kat luar sane yg sudi jenguk datang ke blog aku ni even xde ape yg menarik nk dibanding dengan blog2 yg bombastic kat lua sane..

Thank you coz yg sudi drop something kt shoutmix tu..aku akan cube try track balik semua yg telah tglkn link kt situ. Yg komen2 tu lagi r terima kasih aku ucapkn ye. I'll text u letter. dn't wori. Insyaallah.=)

Bagi yg follow lak! Yg ni r paling best sekali dlm banyak2!hehe. Korang dah watkn blog aku naik sekali ganda dalam tempoh seminggu! Gile! cam xcaye. awal minggu juz 364 FOLLOWERS , sekarang dah 642 FOLLOWERS!! WoW! thanks a lots ya guys!hehe. (org lain ribu2 rilex je..aku je kecoh2.hehe =P )

Tiap ari aku track balik ke blog yg follow ni, alhamdulillah aku berjaya follow, tp certain blog XTINGGAL LINK pada PROFILE BLOG..huhu. ni payah nk terjah balik ke blog die. xbestla org follow kite tp kite xfollow die..tapi itula,die xtinggal jugak link die pada shoutmix.. menyulitkn lagila..huhu. Itu ade yg aku tercicir utk follow back,sori dat particular bloggers..really sorry. =(

Ni aku nak list blogger2 yg dtg blog aku tapi die xde link pd profile blog die:
(kalo tersedar name ni, korang editla ek..ltk link.sng kwn2 nk follow back)

- Mazz - Meersha - Shera - sufiah shaherah - lieya_alieya0289 -zita - hawa aqilia - nina - nadia - Gadis butterfly - Anis -Teratai Wangi - Fieza Jaja -Nyesha Anuar - Mario -Anita-HafizalShueda - Syafiqah zainuddin -lily pelangi -kak rose -Munirah mazaki - Cik ice Nana vam- Fadh fara -Zizi sabri -Najahmadi - Miszfateyn - Nabila - Fared -HizuanKasim -Ap Hasnida -Fila Lane -Misz Pinky Eyes -Khairunizati97 -Rozilah Arif -Cunn da -Alamsekitar - Aqis

Nama2 kat atas ni bukan banduan yg dikehendaki..cuma yg dalam list aku xde profile link..so bile korang klik foto deorang dlm kolumn follower ni kuar link kawan2 die, padahal kite nak cari die..tol x. So kalo owner2 blog ni ade nampak name die sini, lehla editkn profile ye.Letak je link. Siap.hehe. Senang org nak follow u all back!


------ Cara2 nak letak link pautan blog kite pada profile blog ----


Ni contoh perbezaan bagi deorang yg ade link pautan or x. Sori Sofia n fieza..nk jadikn cth. =)


Fieza xde link

Cara2 nak bagi photo kite de link adalah mule2 klik button follow blog kwn yg kite nak follow tu
Then korang amek more option..
Then, klik add link..
Masukkn link n name blog korang..
Klik "Add", then finish! tahniah. Dah berjaya letakkn link. So senang kwn2 nk track balik.hehe.


p/s: Sori ye terfemeskn name2 ni. kalo yg dah boh link tu,abaikn name korang ni..=)
kredit utk sofia n fieza gak.hehe.


Tuesday, August 16, 2011

NUZUL QURAN: BULAN RAMADHAN BULAN AL-QURAN

Posted by Anonymous Tuesday, August 16, 2011, under | 14 comments

Esok bersamaan 17 Ramadhan maka sambutan Nuzul Al-Quran diadakan bagi negeri-negeri Islam. Al-Quran sememangnye wajib kite bace bukan sekadar menyimpannye dalam almari2 je,tambah2 lagi bulan pose yg penuh ganjaran ni. Tidak gune kalo rumah gantung sane sini frame ayat quran tapi satu pun xpenah kite bace. sekadar gantung utk hiasan rumah..alangkah ruginye..

Aku nak share ngan korang khutbah yg dikeluarkn oleh Jakim last week bertajuk "BULAN RAMDHAN BULAN AL-QURAN"..

Rata2 imam dah bace Jumaat minggu lepas. Bagi those yg belum dgr..let read.

----------


Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Selari dengan bulan Ramadhan yang berkat ini saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepada-Nya dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk mimbar Jumaat pada hari ialah “ BULAN RAMADHAN BULAN AL-QURAN”.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Tarikh 17 Ramadhan merupakan satu tarikh yang selalu diperingati oleh umat Islam. Pada tarikh inilah masjid-masjid dipenuhi dengan ceramah Nuzul al-Quran dan media massa, surat khabar serta televisyen tidak akan terlepas menyiarkan berita serta rancangan atau kuliah sempena memperingati Nuzul al-Quran. Memang benar bahawa setiap muslim sepatutnya memperingati tarikh penurunan al-Quran. Al-Quran merupakan sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada umat manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185:


Maksudnya: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah”

Imam al-Qurthubi menjelaskan, bahawa Allah SWT menurunkan al-Quran untuk menjadi petunjuk dan penjelasan bagi umat manusia. Menjelaskan kepada mereka yang halal dan haram, peringatan dan hukum-hakam, serta pembeza antara yang haq dan yang batil. Dengan demikian al- Quranlah yang seharusnya memandu dan memimpin kehidupan umat manusia.


Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Sempena bulan Ramadhan sebagai bulan Nuzul Al-Quran ini, marilah kita dengan penuh iman dan takwa bermuhasabah diri kita, apakah kita selama ini telah mengambil al-Quran sebagaimana yang Allah SWT perintahkan atau selama ini kita hanya beriman dengan sebahagian dari al-Quran atau telah mengabaikan al-Quran? Apakah selama ini al-Quran telah benar-benar kita jadikan petunjuk, sumber hukum sekaligus sebagai penyelesai kepada segala masalah kehidupan kita? ataukah sebaliknya.

Berdasarkan pemerhatian mimbar, kebanyakkan kita berusaha menjaga jasad al-Quran. Kita tidak akan meletakkan al-Quran di lantai atau di kerusi atau lain-lain tempat yang kita rasakan tidak sesuai. Kita akan marah jika mendapati sesiapa sahaja yang tidak menjaga al-Quran. Kita turut sensitif dan merasa amat marah apabila mendengar dan melihat al-Quran dipijak, dikoyak, dibakar atau dibuang di tempat yang jijik. Kita juga tidak akan berdiam diri jika al-Quran dihina, diremeh atau dipermainkan di dalam apa bentuk sekalipun. Kita memang akan menjaga kemurnian dan kesucian al-Quran dari segala bentuk penodaan dan pemalsuan. Sebenarnya segala usaha ini sangat baik dan memang sudah menjadi tugas dan kewajiban kita yang harus kita tunaikan. Bagaimanapun kita amat merasa kesal terdapat umat Islam berusaha untuk menjaga jasad al-Quran, tetapi tidak berusaha untuk menghayati isi kandungannya dan menerapkan segala perintah dan larangannya. Umat Islam marah apabila al-Quran dihina, tetapi mereka sendiri seolah-olah seperti ‘menghina atau mengenepikan’ al-Quran dengan tidak mengamalkan apa yang terdapat di dalamnya.

Mimbar juga amat bimbang terdapat dikalangan umat Islam yang hanya menjadikan al-Quran sebagai perhiasan, disimpan baik-baik di rumah dan hanya digunakan untuk hal-hal yang berunsurkan mistik, misalnya menjadikannya sebagai azimat, tangkal, pelaris, penolak bala, pengusir syaitan dan sebagainya. Mereka juga lebih suka mengambil al-Quran sebagai sebuah ‘kitab magik’ yang boleh menguntungkan jualan, memurahkan rezeki, berubat, menghalau hantu dan pelbagai kepentingan peribadi lainnya.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mimbar  ingin mengingatkan kita semua bahawa Allah SWT menurunkan al- Quran bukan sekadar untuk dibaca, malah lebih dari itu. Membaca al-Quran adalah ibadah (sunat) dan InsyaAllah kita akan beroleh pahala kerananya, tetapi mengamalkan isi kandungannya adalah WAJIB dan sesiapa sahaja mengabaikannya maka ia telah  melakukan kesalahan dan boleh sampai ke tahap berdosa besar. Siapa sahaja yang yang tidak mengamal dengan apa yang Allah telah perintahkan, maka azab Allah akan diturunkan atau menantinya di akhirat! Bagi mereka yang tidak memikul amanat Allah SWT yang telah diturunkan-Nya melalui al-Quran, maka Allah telah membuat satu perumpamaan yang hina ke atas mereka. Firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat ayat 5:

Maksudnya: “Bandingan orang yang dipikulkan kepadanya Kitab Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya, samalah seperti keldai yang memikul Kitab-kitab besar. Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim”.

Melalui ayat ini, Allah SWT menghina kaum yang tidak memikul tanggungjawab melalui wahyu yang diturunkan-Nya dengan perumpamaan seperti keldai. Bayangkanlah jika ada orang yang mengatakan kepada kita, “Anda ini seperti keldai!” Apakah perasaan kita? Apalagi yang menyatakan seperti itu ialah Allah  SWT yang kita harapkan keredhaan dan keampunan-Nya. Orang yang benar-benar beriman, bertakwa dan mengharapkan redha Allah sudah tentu akan merasa takut dan gementar akan perumpamaan tersebut.

Mimbar suka mengingatkan bahawa sesungguhnya peluang untuk menghayati al-Quran serta mengambil pedoman di dalamnya adalah kewajipan umat Islam sendiri. Persoalan besar di sini ialah apakah jawapan kita apabila Allah SWT melontarkan soalan kepada mereka yang membaca al-Quran seperti di dalam ayat 101 surah Ali-Imran:

Maksudnya: “Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w.)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus)”.

Ayat ini menunjukkan kepada kita terdapat di kalangan orang Islam menjadi kafir sedangkan al-Quran dan Sunnah berada di sisinya. Ini adalah disebabkan mereka tidak dapat menerima petunjuk Allah, justeru mereka ingkar kepada ayat Allah akan menjadi kafir.

Sesungguhnya Allah SWT memberikan penghormatan kepada kita sebagai manusia dengan kemuliaan-Nya, agar kita menjadi golongan yang mulia. Salah satu pendekatan yang mengangkat martabat umat ini ialah dengan mengamalkan ajaran al-Quran secara menyeluruh dengan menjadikan al-Quran sebagai acuan kehidupan. Oleh itu, mimbar menyeru semua pihak di dalam keberkatan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama mengambil manfaat untuk meningkatkan ketakwaan dan mengubah segala kelakuan buruk dengan mengamalkan segala isi kandung al-Quran agar kehidupan kita lebih diredhai Allah SWT. 
-----------

p/s: Alhamdulillah..korang telah berjaya bace full khutbah jumaatni..atleast dapat jugak pahale utk Ramadhan rini. Jangan lupe ngaji sekali ye! =) Selamat berpose.

Monday, August 15, 2011

~ Thank You CiK_NiNiE ~

Posted by Anonymous Monday, August 15, 2011, under | 30 comments

Firstly, thanx sangat kepada Cik_ninie coz sudi review blog aku yg seberape ni..hehe. First time org review blog kite memangla sangat2 epi! hehe. Sedangkan kalo aku BW tetibe tgk dalam bloglist blog org n tetibe ade link miZz_nizZ life pun aku ngan Cik Iza epi apetah lagi kalo org review cam Cik_ninie ni wat! Lagi r nak melompat jadinye =P

Thanx again ya! =) Really appreciate.

Tajuk bombastic betol cik ninie ni kasi, segan aku ( ye ke..=P)

BALANG 'UBAT' CIK IZA!! =)

Actually Cik_ninie summarizekn 2 entry ( ePi AnivErsaRy 5 YeaRs & Thanks a lots SaYang!!) menjadi satu. Nice summarization ( tol ke word aku ni.haha.bedal je).

Baru aku sedar yg Cik_ninie ni student UniMAP gak. So junior aku la kn?hehe. Juz berbeza course. Btw, burfday die diz months, exactly date xtaula..jenuh aku explore blog die xjumpe lak date..hehe.

Lastly, thanx again ye. arigatougozaimasu! (sambil bongkok badan tanda hormat =p )


Sunday, August 14, 2011

Mode Kecewa: Datuk Lee Chong Wei Kecundang

Posted by Anonymous Sunday, August 14, 2011, under | 36 comments

Kecewa..huhu. Penuh mengharap Datuk Lee Chong Wei leh menang malamni. Dah menang set pertama tapi second set pulak jauh ketinggalan.

Rini bukan main awal semayang maghrib coz nak fokus tengok game ni! haha. Then seronok dah leading satu game. Terus g semayang Insya! Punyala semangat g semayang siap doa bagi menang. hehe. Takut pulak kang xmenang punca dari aku g tinggal yg wajib pulak. Boleh jadi jugak kn? hahahaha.

Abeh semayang tengok2 dah masuk 3rd set..huhu. Second set spoil la.. Datuk Lee Chong wei tertinggal jauh sangat. Set penentu memang 50-50 la.

3rd set memang debaran gile!! aku siap dok depan tb siap diri2 lagi. xsenang duduk betol. Macam feel Malaysia lawan Singapore ritu dah je. Time duce Chong wei leading 21-20 punya aku berharap gile2 dapat 1 lg! huhuhu. Tapi sayang..memang Tuah xmemihak kepada Chong Wei.

Tapi overall sangat2 sengit game tadi. Pertemuan number 1 and 2..memang final 'grandslam'ni yg terbaikla. ape2 pun tahniah jugak Datuk Lee Chong Wei even kalah tadi. U still Malaysian Hero!!

Rekod pertemuan ( head to head)

p/s: Xpuas ati tol tengok Lin dan menang!! anti die. haha.Emosi lak aku. Sayangla..aku rase Chong wei kalo menang tadi die bagi peminat raket2 die kot..tengok dalam beg die dekat 4 batang raket td..huhu.=(

Saturday, August 13, 2011

Pekebun sawit vs Nuffnanger

Posted by Anonymous Saturday, August 13, 2011, under | 21 comments

Satu perbandingan yg aku cube bawak kat korang..ni berkisarkn aku la. HAha. Cuti sem ni every petang aku g tolong bapak aku kemas2 kn kebun, tebang2 semak, tabur baje2 n lain2. Bapak aku baru berjinak2 je ngan sawit ni coz baru abeh bersara guru then beralih arah ke kebun r lak..Jadi nak kata projek besosangat sawit ayah aku ni pun xdela. ade la sekangkang kera je tanahnye pun.

Sawit ni besenya org tuai 20 ari sekali..so dalam tempoh 20ari ni la org pulun jage. bukan main penat lagi. Yang jadikn penatnye sebab dulu tanah ni xterjaga langsung. Lainla kebun org lain yg dah betol2 kemas rapi. Ni perlu banyak buang semak2, pokok2 numpang ngan lalang lgi. Then waktu nak kutip hasil, pergh, penat tol cop kelapa sawit rupanye. Ingat kalo pokok rendah2 ni senang, upenye lagi penat! Kuat tol la org yg wat sawit ni. Mampuih kalo aku wat keje ni!haha. mau tertido aku dalam kebun coz penat!haha.

Itu cite bab kederat. Kalo dari bab nilai die pulak,huhu, sianla pekebun sawit. sekarang harga satu tan juz Rm585, ari2 jatuh. Dari Rm700 susut jd Rm600 sampaila Rm585 latest.Harga semalam.

Disebab baru berkecimpung dalam kebun2ni, semalam terjual 300kg je. Bolehla dpt cket2.. Tu aku terpikir, penatnye bapak aku keje. 20ari pulun baru dpt banyak ni ke?

Then aku cube compare ngan income blogger2 yg otai2..

Deorang siap ade yg dapat ratus2 seminggu! pergh! Nikmat gile kn? Yg nuffnang bagi kepercayaan utk wat sponsor entry. Best gile..huhu. jelez beb! Agaknye bile la leh jadi cam deme ek.. Blog aku ni kalo xBW jawabnye bersawang gak r.jgn arapla ade org masuk!!hahaha. En.Nuffnang,kalo baik ati bagila sy sponsor entry gak ye..leh gak masyuk2 nak raye ni.hehe.

Tapi still syukur, even xde sponsor entry pun masih dapat BE gak di bulan pose ni. Thanks sgt2 ye.

Nanti nak soh ayah aku wat blog r. LAgi untung main blog lagi banyak Nuffnang bagi dari banting tulang kt kebun..hehe.



Thursday, August 11, 2011

Beri Laluan Ambulans

Posted by miZz_nizZ Thursday, August 11, 2011, under | 28 comments

Dengarje bunyi ambulans semua kete akan cuba ke tepi. Bagi laluan utk ambulans yg tengah bergegas nak hantar pesakit yg bersabung nyawa dlm tu.

Memang bagi laluan utk ambulans tu betol,tp kadang2 kn org kite ni terlampau melulu nk bagi laluan..memang niat baik dan itu yg kite arapkn..tp deorang kena ingt deorang yg bagi laluan tu nyawa yg perlu dijaga jugak.

Aku bukan ape, semalam jln side aku hijau so semua kuarla simpang tetiba ada kereta ni macam nk merempuh ke keta2 dr arah kami coz semata2 nk bagi laluan kt ambulans. Pelan2la bg laluan pun xkn melulu. Dahla tepat ke arah aku! Sib bek aku ngelak! Idak ambulans tu bkn bawak org tu je, ngan aku2 sekali die usung ke hospital.huhu.

Kalo excident r kn, sape yg salah? kite pulak jadi serba salah nk salahkn sape. tol x?

Aku penah tgk live depan2 mate ambulans yg emergency tu sendiri excident! Semua org tergamam coz ambulas tu berpusing 2tayar je! dilanggar dr sisi kemudian pusing 360 degree. Aku tabik spring dkt driver die, boleh control sampai ambulans tu statik macam besa balik! gile kau! macam dlm movie siot. hahaha.

ihsan Mr.goOgle. bukan ni la ambulans yg aku tgk tu.
tapi senget cmnila die kena lggar.twist 360darjah!

Tapi kereta yg langgar die tu abeh..semua hncur depan. air2 radiator semua kuar. Semua usya ambulans, xde kemek lgsg pun sisi belah kanan kt blkng. Apa material ambulans ek smpai xkemek ape? aku pun xtau.

Ambulans pun pada aku perlu hati2 time drive. Even rushing jgn ingat semua org sedar akan kedatangn die dlm sesak2 jln raya ni. Nanti bukan nak selamatkn nyawa jadi nye bahkn tambahkn lagi bilangan yg sakit ade.


Aku terpikir baikla setiap ambulans yg emergency ni ade special motor beso pergi dulu, bagi org sedo ambulans nk dtg. kn senang. xknla org2penting n kenamaan je moto2 beso ni nk iring. Orang sakit pun org penting jugak.

Awal bulan ni kete bagi laluan pada ambulans pun excident. nyaris maut. Klik sini.


Tuesday, August 9, 2011

Kad Raye

Posted by Anonymous Tuesday, August 09, 2011, under | 40 comments

Semalam aku ngan sibling g la ke supermarket utk cari adiah konvo abg aku next months. Depan2 pintu supermarket ade promosi jualan kad2 raye. Tersenyum gakla aku tengok kad2 raye ni..lame dah rasenye xdapat kad raye! haha. zaman skul dulu rajinla dapat kad raye.

Ade satu kadni die tulis..
"terimala kad ni sebagai gantian SMS dariku"

Aik..bukan selalu ayat die terimala SMS pengganti kad ke?haha. Ni promosi utk nek kn balik kad2 raye kot.


Tingat aku sal zaman sekolah aku ngan Cik IZa..actually zaman aku b4 dapat couple ngan die aku selalu bagi kad raye kat die. Even die xbalas kad aku tapi aku tetap semangat utk kasi kad raye kt die! Penangan cinte punye pasal.haha. gigih beb. Ujung tahun form3 every class setiap student skul aku kena buat kad raye kemudian hantar ke cikgu seni..Cikgu seni ni lak merangkap pengurus ragbi semesti. Sangat2 kamcing ngan semua ruggers. Kalo time pose rajinla melepak kat bilik khas die kt ujung blok sekolah ni.

Cikgu Kamil name die. Cikgu Kamil ni memang taula skandal2 anak2 buah ruggers die ni. Aku couple ngan Cik Iza time form4, tapi aku ade pic Cik Iza dari aku form2 lagi! haha. dulu bukan ade fb ke ape aku leh save as je pic die kmdian g cuci pic. dulu kalo nak dapatkn gambo semuanya mmg gambo ori punyela. yg kena g cuci gune kodak tu je ade. Pic ni curi2 aku simpan since aku form2. N each tournament ragbi memang kantoila ngan Cikgu Kamil ni coz die check wallet player! Kt UKM aku still ingat nak masuk padang aku saje2 tgk wallet.

die tegur..
"oii! g r masuk padang panas badan!"

haha..aku cepat2 la masuk padang. hehe. die g kat beg aku amek wallet aku.

"ish budak ini..patutla tengok2 wallet! pic gf die upenye. ni pemangkin semangat kamula MUaz
ek?haha.bgus2. janji main betol2!"

Aku pun pikir sampai skang nape tengok pic Cik Iza time tu ek, pdahal bukan aku couple pun lagi ngan die. Dahla pic seludup!haha. After game 2003 tu memang aku asyik kene kenen je ngan Cik IZa ni. tapi best gak coz memang aku minat die pun.haha. kalo kenen ngan org yg aku xminat aku pun lemas!haha.


gini kot aku curi2 amek pic die dulu.hahaha.

Jauh dah aku melalutni..bab kad raye tadikn? So Cikgu Kamil ni la akan pegang semua kad2 raye hasi tangan pelajar2 batch aku time form3. Aku saje lepak bilik die saje nak cari kad Cik Iza ni! Semangat aku belek2 dalam timbunan lebey 100 kad dak2 batch aku buat just utk cr kad yg Cik Iza buat! hehe.

"Cikgu..sy nk kad ni boleh?

"eh,kamu jgn main mandai2 amek ni. ni contest kalo sape lawa kad die dapat adiahla..kad sape tu?"

"kad Izzah.."

"kalo Izzah kamu tu xpela..amek2!amekla simpan buat kenangan!"
gelak beso die tengok aku semangat nk kad raye orang yg aku minat ni.haha.

Kad tu aku simpan ...n sampai form4 Cik Iza terima aku jd life partner die! Alhamdulillah.hehe. n kad raye pertama after couple tau kad raye ape aku kasi? Aku kasi kad raye buatan die sendiri. Die sendiri xcaye aku pegang kad raye yg sepatutnya xde pada sape coz dah hantar!

kEdekut ke aku? Bukan kedekut maknanye, tapi aku nk die tau signifikan kad ni..it mean i really admire n love u from long2 time ago..!!hee. =P

Bukan kad ni Cik Iza kasi..ni saje amek dr google.hee.

Monday, August 8, 2011

Selangkah lagi untuk pergi Haji

Posted by Anonymous Monday, August 08, 2011, under | 16 comments

Esok mak ngan abah akan g ke klinik kesihatan utk dapatkn suntikan utk pergi mengerjakan haji ujung bulan depan. Alhamdulillah..semakin dekat da untuk mengerjakan rukun Islam yg ke-5. Hope mak abah dapat g ngan balik dgn selamat n dapat haji mabrur ye di sana. Amin.


Sebenonye aku membayangkan akan pertembungan mak ayah Cik Iza bertemu ngan mak ayah aku di Tanah Suci sane. Aku leh bayangkn benda ni coz bile mak ayah aku g kursus haji kadang2 aku dgr drpd pihak Cik Iza yg mak ayah die ade gak g ceramah kursus haji. Pernah aku cakap pada Cik iZa..

"ayang..kalo la deorang dapat bertemu dalam jemaah haji Malaysia nnt kat sane bertapa berkatla hubugan kite coz besan berjumpe di sane kn..hehe"

aku arapkn gak benda ni berlaku coz mak Cik Iza n mak aku pertama kali bertemu adalah di surau Semesti skul lame aku dulu. Itu yg mengharapkn kali ke2 berlaku di sana.

Cik Iza bertemu mak aku kali kedua di masjid Ipoh. Mak aku bertemu besan die di tempat ibadat je belum lagi. hee. kalo terjumpa di tempat yg ibadat cantek gak tu.hee. berkat2!


Tempat pertemuan xde kaitan pun dengan keutuhan hubungan, aku sesaje je kaitkan dengan tempat ni. saje2 amek berkat konon. haha. Yg penting adalah keberkatan dr Allah swt, barulah hubungan itu diberkati n kekal lame. Moga2 hubungan ni berkekalan ingga ke ikatan yg sah dan sampai bile2. hee.

Hak beragama

Posted by miZz_nizZ Monday, August 08, 2011, under | 15 comments

Saje2 aku search mengenai perlembagaan mengenai hak agama. So jumpa article 11. Kebebasan agama tetapi bersyarat. Let read..

11.1. Every person has the right to profess and practice his religion and, subject to Clause (4), to propagate it.

11.2. No person shall be compelled to pay any tax the proceeds of which are specially allocated in whole or in part for the purposes of a religion other than his own.

11.3. Every religious group has the right -
(a) to manage its own religious affairs;
(b) to establish and maintain institutions for religious or charitable purposes; and
(c) to acquire and own property and hold and administer it in accordance with law.

11.4. State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur and Labuan, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.

11.5. This Article does not authorize any act contrary to any general law relating to public order, public health or morality.

------------------------------------
Ni  article nye..huraiannya..

Dalam memahami Artikel 11(1) - "Every citizen shall be free to profess and practise HIS religion" - kata kunci utama sini ialah 'HIS' yang bermakna warganegara itu sudah punya ugama.

Jika dia penganut Hindu, ugamanya Hinduisma. Dia bebas menganut dan mengamal Hindusisma yang tidak menghalangnya mengubah ugama. Tetapi jika warganegara itu seorang Muslim, ugamanya Islam. Dia bebas menganut dan mengamal Islam yang mana dia DIHALANG mengubah ugama.

Article 11(1) tidak ditulis sebagai "every citizen shall be free to profess and practice any religion of his choice" seperti yang warga bukan Islam mahu percayai.

Sebabnya Lord Reid, Arkitek Perlembagaan, amat menyedari hampir kesemua warga Malaya dilahirkan dengan ugama dan orang Islam, berlainan dari orang bukan Islam, tidak dibenarkan menukar ugama.

------------------------------------

Jadi xde alasan cakap kite xikot undang2 rush gereja kalo kite dah tau memang deorang ada usahe nk pesongkn muslim yg beragama Islam. Muslim xsemestinye merujuk orang Melayu sahaja.

Sunday, August 7, 2011

Lemahnya Islam..

Posted by Anonymous Sunday, August 07, 2011, under | 7 comments

Ni entry rentetan dr entry b4 ni..isu ni belum abes lagi aku masih terus mengikot perkembangan isu ni. Aku tengok Hasan Ali ni menjadi mangsalaa..die semangat utk pertahankn Islam tapi orglain xsupport pun die. tunduk pada si kafir  lain. Kite asyik cakap pasal Islam tpi bile perlukn suara kite utk pertahankn Islam kite bukan main senyap lagi..kite play safe. xnk cakap ape2. no komen!

 Tapi bile sesama umat Islam macam2 fatwa kite kuarkn. Aku pelikla dewasa ni. Kite bermuka2. kite strict dgn sesama Islam tapi kite tunduk, akur, takut je ngan org bukan Islam. Come on la. kite majoriti pun kite takut. Bukannya mengenai parti tapi mengenai agama pun kite nak main play safe. Malaysia ni nmpak sangat politik cukup kotor. Agama pun dijadikn politik. Xkn kite nak tolak org yg pertahankn Islam? Disebabkn undi deorang ke kite perlu akur n mintak maap coz rush gereja??



 Saje nak bawak korang ingat lek kisah pengharaman arak dulu kat Selangor ni, Hassan Ali terpaksa mintak maap coz dah merampas arak, MBSA terpaksa pulangkn balik arak2 yg dirampas! Malunya Islam sampai sebegini kite perlu tunduk kat deorang.

ternyata betol la ayat AlMumtahanah:2.

"Jika kafir (yang kamu ambil menjadi teman rapat kamu) dapat menguasai kamu, nescaya mereka akan menjadi musuh yang merbahayakan kamu"


Satu persatu deorang tuntut daripada kita..Panggilan Allah pun deorang nak utk agama deorang..mungkin itu punca ramai melayu Islam ramai g gereja kot! coz deme ingat itu RUMAH ALLAH. Padahal rumah Allah adalah MASJID. Dengan bible deorang tukar kepada bahasa melayu..cukup lengkap deorang mintak..masalahnye orang kite sokong! gile betol masyarakat muslim kite ni. Bukan orang lain tapi melayu kite sendiri jugak!

TEngokla orang ramai pun ne nak sebut Ya Allah sekarang..lagi selesa, macho, style bile sebut menyebut OMG! Oh my GOd. Worst. Xtaula masyarakat sekarang ni..


Sesama kite cuba pelihara akidah kite..moga kelahiran kite bermula dgn Islam dan juga berakhir di dalam Islam..amin ya rabbal alamin.

Friday, August 5, 2011

Awasi Dakyah Kristian

Posted by Anonymous Friday, August 05, 2011, under | 5 comments

Baru-baruni kecoh dalam paper sal serbuan dibuat ke atas gereja di negeri selangor. Benda ni sebenarnya sangat serius. Dalam Islam yg paling diutamaakan akidah dan isu serbuan adalah mengenai murtad. Aku ade bersembang ngan kawan2, ramai yg tidak tahu isu semasa. Inila kadang2 lemahnya kite..selalu sangat tidak ikot isu semasa. Sehinggakan kadang2 berita tahun bile punya baru la nak amek tahu.

Kalau bab yg murtad agama pun xtau kompem sal isu iklan ramadan kat tb9 kecoh coz dikatakn xhormat agama Islam pun deorang yg xalert ni xtau. Pada aku isu iklan tu xdehal pun sebenarnya. Point die jgn leka utk bersahur je. Len la tahun lepas yg terang2 c atok tua tu pakai kopiah rupe pope, kmdian bce tulisan jawi terbalik, naik terbang2 pergi ke masjid yg awan die berbentuk salib pada menara masjid tu. Ni dah terang2 la memang bab akidah. Ini iklan bersahur pun jd point. adoi. Satu lg iklan pun lebey kurang. Cakap rasis. ish. pelik. kadang2 org Islam Malaysia ni bab negur org Islam laju, padahal org bukan Islam pijak kite SENYAP!!

Berbalik isu serbuan gereja tu. Aku malas kupas banyakla, korang search kat tenet pun berlambak2. Ni aku nak kongsi mengenai article Dr. Ridhuan Tee. Die ni bagi aku terbaikla dari banyak segi. Chinese Muslim.

"Artikel ini adalah respon terkini mengenai dakwah Kristian.

Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus. Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan.

Kebetulan pula, seorang kawan baik saya berketurunan India, beragama Kristian, bersimpati dengan Islam, menelefon saya baru-baru ini. Beliau yang mengajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur, mengadukan kepada saya mengenai seorang murid Melayu darjah satu yang diajar oleh guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengenai Kristian dan menghafal lagu-lagu Kristian. Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.

Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ramai lagi sebenarnya yang menjadi mangsa, ini tidak termasuk yang masih belum dibuktikan. Hakikatnya, perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini. Mereka akan menggunakan segala platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?

Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku. Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah. Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.

Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.

Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.

Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti (NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu berselindung di sebalik kerja-kerja amal. Dua puluh tujuh tahun dahulu, ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.

Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.

Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi, seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia, tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.

Saya yakin ibu bapa murid tersebut tidak tahu menahu akan perkara tersebut. Jika ibu bapa murid tersebut tahupun, mereka tidak akan mensensasikan isu tersebut. Inilah sifat orang Melayu yang kadangkala meresahkan saya. Kepala sudah dipijak-pijak tetapi masih terus berlembut.

Berbeza sekali dengan sikap agresif ultra kiasu menangani iklan Ramadan TV8 yang dikatakan rasis. Bila hak mereka tercuit sedikit, heboh satu dunia seolah-olah negara bertuah ini begitu zalim terhadap mereka.Saya berulang kali menonton iklan tersebut melalui sebuah laman web. Saya tidak nampak di mana rasis sebagaimana yang didakwa. Tema sekadar menghormati agama sensitiviti umat Islam. Ia tidak ada kaitan sama ada iman kita lemah atau kuat. Takkan sekian lama hidup di negara bertuah ini masih tidak tahu atau tidak faham sensitiviti umat Islam? Apa erti agama Islam sebagai agama persekutuan jika tidak difahami dan dihormati.

Niat iklan tersebut adalah baik. Tetapi telah dimanupulasikan dan disensasikan. Beradab dan bersopan, adalah tuntutan semua agama. Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara, adalah wajar terutama di bulan Ramadan. Adalah kurang adab jika kita makan di khalayak ketika umat Islam sedang berpuasa, atau sengaja memakai pakaian yang tidak senonoh, yang ditentang oleh semua agama.

Sama seperti mengunjungi majlis kematian orang bukan Islam. Adalah tidak manis jika umat Islam datang dengan pakaian berwarna merah. Saya yakin jika ada umat Islam datang dengan berbaju merah ketika majlis kematian, sudah tentu akan heboh 1Malaysia. Ini yang dikatakan bila kita lakukan sesuatu dikatakan rasis, tidak sensitif, tidak menghormati hak orang Islam.

Bila mereka yang melakukannya itu dikatakan sebagai hak. Ini bukan bermakna agama lain tidak perlu dihormati. Namun, oleh kerana agama Islam adalah agama majoriti dan agama rasmi pula, saya fikir tidak salah jika bukan Islam memberikan sedikit penghormatan. Memang secara peribadi tidak teruja langsung orang makan di depan saya atau mahu telanjang sekalipun ketika berpuasa, nak muntah ada, tetapi kita bercakap soal adab sopan dan sensitiviti.

Siapa yang akan mempertahankan kesucian agama Islam jika bukan kita. Janganlah menggantung harapan bahawa orang lain akan mempertahankan kita. Bila hak ita diambil itu dikatakan hak, bila hak mereka diambil, itu dikatakan rasis dan tidak adil. Licik sungguh politik dan strategi mereka. Apakah ini bukan ultra kiasu namanya? Apabila kerajaan melarang menggunakan nama Allah, menahan Al-Kitab (bible) dalam bahasa Melayu untuk diedarkan, maka berkokoklah mereka dengan mengatakan itu hak mereka. Namun, apabila kita melarang mereka menyebarkan agama Islam kepada orang Melayu kerana bertentangan dengan perlembagaan, maka mereka mencari seribu satu alasan untuk menjustifikasikan tindakan biadab ini.

Bila kita kemukakan bukti nanti, mereka akan canangkan kepada dunia, Malaysia tidak ada kebebasan beragama. Maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah untuk mempertahankan tindakan mereka. Malangnya sungguh gagasan ini, sengaja dimanipulasi untuk menghalalkan tindakan mereka. Akhirnya, kita salah, mereka yang betul.

Tidak kurang juga banyak iklan-iklan mengenai perlakuan negatif realiti orang melayu seperti merempit, menagih dadah dan pelbagai lagi, tetapi orang Melayu tidak pernah melompat seperti ultra kiasu ini. Bila kena pada mereka semuanya sensitif, namun bila kena pada kita sebagai umat Islam, mereka senyap sahaja dan kalangan mereka bertepuk tangan."


Hope sembuh cepat! =)

Posted by Anonymous Friday, August 05, 2011, under | 4 comments

Alhamdulillah selamat dah mak Cik Iza operate mate utk buang katarak gune laser pg tadi.. Esok mak Cik Iza akan g check sekali lagi utk kepastian sama ada ok ke x. Arap2 semuanya ok la. amin.

Mak mertua tu kena la caring sikit..bukanla disebabkn aku nak kn anak die jadi aku baru la caring. Mana2 sape yg sakit pun kite perlu doakn disembuhkan cepat sakit mereka tu. Tapi memandangkn ini melibatkn diri aku same itu yg lagi nak berdoa byk2 moga mak Cik Iza tu sembuh cepat. hee=)

Last jumpa mak Cik Iza time ari akhir praktikal ritu,mak die kenal n tau aku 'berkawan' ngan anak die (itu pun br je tau after Cik Iza slow2 gtau). Jadi time ari akhir tu aku memang rase nk tonjolkn diri la pada mak die yg aku ni pilihan anak die. Senyum2 manis aku kt mak die time bertembung ritu. (manis ke?haha)

Masej Cik Iza sesaje nk tanye mak die kate ape sal aku..Cik Iza gtau yg mak xbape ok mate. jd xbape clear nampak aku! kot nak komen rupe aku mcm mane ke ape ke. haha.

Jadi after pembedahan ni arap mak Cik Iza makin pulih n jelas penglihatan. Bukan sbb utk tengok aku mate tu pulih!! Tapi utk keperluan diri jugakla. Aku ni sekadar org luar lagi bukannya dah bergelar menantu pun lg.huhu. =P

Moga makcik sihat cepat n pulih penglihatan kembali seperti sedia kala ye =)

P/s: bile bukak blog ni tlis mizznizzlife kompem org ingt author pompuan kn?haha. maybe word mizz tu kot. Cik Iza ni bkn aku, tp my sweetie. =P

Wednesday, August 3, 2011

Ragam Pose!

Posted by Anonymous Wednesday, August 03, 2011, under | 7 comments

alhmdulillah dah 3ari kite berpose!hee. ade yg dah xcukuP? adoi, baru 3ari xkn de yg dah kantoi kot?haha. kalo yg pmpn tu xkisahla, yg laki ni jgn pulak de yg xcukup..zaman aku kt semesti dulu ade je yg tuang ni..kadang2 senior soh junior amekkn air panas kt water cooler! Junior ni terpaksa menurut perintahla,almaklumla..senior dihormati junior disayangi!haha.

Reason amek air panas?? pergh..bukan men hebat reason die..nak rendam kaki! kaki de cekam katenye!!hahaha. xleh blah  kn? macam la org xtau yg nak masak megi. tp kite sebagai junior pe hak nak persoal? kang sie2 je kena amek baju deorang g basuh baju! kn dan terbuat 'amal' basuh baju utk senior di bulan2 ramadhan yg mulia ini! haha.


Ingat ngan air panas watercooler leh wat mcm kat spa ke?hahaha

Time bulan pose ni pulak selalu tol rase panasnye..nak je berendam..satu hari berendam dr pas subuh ingge ke maghrib boleh?
 bestnye ko badak ye..tumpang sekaki bley?hahaha

tetibe pulak rase best kalo Malaysia ni turun salji..uhhh..kompem terase jap je siang. nyaman tanpa rasa dahaga2!!hahaha. Mesti syokkn pose kt negara sejuk2, xde dahaga. lagi satu pas teraweh leh buat orang salji!hahaha.

Tuesday, August 2, 2011

Amannya Malaysia

Posted by miZz_nizZ Tuesday, August 02, 2011, under | 4 comments

Alhamdulillah..telah selesai umat Islam berpose utk hari kedua. Petang tadi dalam beli barang2 utk berbuka singgah di kedai runcit. Boleh nampakla ikatan yg kuat antara kaum di negara kita. Dalam kesibukan org ramai beli barang kt kedai runcit kt area umah aku ni ade supplier barang berbangsa cine tgh deal dengan tokey kedai tu yg berbangsa India.

"Lu angkat la kurma ni..bagus pasaran dia maa..kat ipoh banyak laku"

Aku usyala kurma ape yg dipomotkn..kurma Upin Ipin. hehe. kuat tol pengaruh kartun ni. Betol ape yg aku tulis dlm entry Puasa ritu..disebabkn Upin Ipin gakla budak2 belajo berpose,kalini dengan kartun gak nk attract budak utk beli n makan kurma la kot.haha. bagus betol care marketing die.

Berbalik kepada topik tadi, walaupun ini bulan umat Islam tp bangsa lain yg bukan Islam pun dapat tumpang rezeki bulan ni. Bukan senang utk berbagai kaum duduk dgn aman dalam satu negara. Tengok negara arab yg satu bangsa je tapi boleh porak peranda gak..gaduh puak syiah n sunni.

Negara kite? cukup aman sebenonye..

tapi yg cube porak perandakan negara kite ni adalah dari diri kite sendiri! Bukan patriotik utk bulan Ogos je, tp setiap mase..Malaysia di hati ku..=)

p/s: thanks nuffnang coz dah betolkn prob dlm akaun nuff td ye! =P

Monday, August 1, 2011

Waaa!

Posted by Anonymous Monday, August 01, 2011, under | No comments

Semalam ralit edit template blog ni xsedo yg nuffnang aku terjejas jugak. B4 ni kalo ubah template xde pun jadi masalah ape2.huhu.Ni sampai semua earning, historical unique n blog manager nuffnang aku semua ilang..

waa..jgnla camtu..penat aku kumpul earning tu, xkn jadi zero terus. Baru nak cashout raye ni. =(

Hope nuffnang dah bace ticket problem yg aku kasi. Nuffnang, i really need ur help to fix this.

TICKET:

"last nite i had changed my blog template. Last time i changed template it didn't effect anything. But this time my earning became zero! huhu. reall need ur help, i had kept the earning till rm$$$..then suddenly dissapear! My statistic for unique also became zero..Please help me Nuffnang.=( "

PRIORITY: High

New Template! hee.

Posted by Anonymous Monday, August 01, 2011, under | 3 comments

Menjelang Ramadhan ni amek angin baru utk berubah imej blog ~miZz_nizZ life~ ni.. dah lame sangat pakai template yg lame tu. Ni pun masih di tahap pembikinan..nk ubah bagi gambo2 yg dalam slide ni leh boh gambo yg de kaitan ngan entry2 aku.

Thanx sgt2 Cik Iza sebagai peng'komen tetap dalam aku nak ubah template ni. Idak lagi serabut, die yg tlg adjust2kn semua ni. Thanx a lots ya! =)

Template b4 ni
kemudian ade jumpa template 3d..smart gak. tp xleh adjust pic yg slide2 ni! taik pae nk gune pic yg kartun ni je. ke aku yg xreti adjust bg ubah gambo?haha.

xpe, template latest ni pun cantek dah! hee. template sempena Ramadhan 2011. hee. nanti nk adjust slide dlm template yg skang ni.

p/s: biru warna faveret ku.hehe.

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Menjelang

Posted by Anonymous Sunday, July 31, 2011, under | 5 comments

Selamat menyambut bulan ramadhan! Ni semua mesti sedang menanti pengisyhtiharan pose bermula bile! hehe.

Baru jap tadi blogwalking n terjumpa blog Geng Kereta Sapu. Gud info dr blog ni. hehe. Baru aku tau yg satgi kite akan mendengar pengumuman tarikh pose adalah daripada org baru..bukannya pemegang mohor besar raja-raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yg sudah 22tahun kite dgr selama ini.

Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah
yg sudah bersara awal tahun ini

Penggantinya adalah Datuk Syed Danial Syed Ahmad. Kite same2 nantikan pengumuman yg akan diumum malam satgi!

Ape2 pun selamat menyambut bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia!

~ Ku harapkan Ramadhan kali ini penuh makna..agar dapat ku lalui dengan sempurna.. ~

Friday, July 29, 2011

Degupnya jantungku

Posted by Anonymous Friday, July 29, 2011, under | 3 comments

Terlalu banyak benda aku rase nk tulis dlm mase yg same. Tapi aku nak dahulukn sumthing yg aku rase ia kemuncak dalam hidup aku. xterjangka akan tiba jugak mase yg aku inginkn dahulu di depan mate aku.

Tamat praktikal rini maka tamat jugaklah penantian aku utk bertemu, bersalam n bersembang dengan ayah Cik Iza.

Xpenah aku rase perasaan cmni..time berdepan ngan ayah die..1st time aku rasekn mcmni..

Aku rase berdebar bile nampak je ayah Cik Iza melangkah dekat ke arah kami..ayah Cik Iza xterus sembang dgn aku, die dekat ngan mak cik Iza smbil sembang2 ngan Cik Iza..aku terasa ingin menegur tapi aku terase terlalu jauh utk aku terus menegur dr jarak yg mcmni.

N..moment face to face ngan ayah die muncul..ayh die melangkah berhampiran ngan aku..Ya Allah, tangan aku bergetar!!

Selamani aku salam ngan org2 dewasa lain xde pun mcmni..xsame perasaan tgk dlm gmbo dgn live depan2..gemuruh tol aku..nape aku rase cmni. aku pun xtau nape. Mungkin ini faktor aku sedang bersalam dgn ayah kpd kekasih aku yg selamani kami sorok2..bersalam dgn seorang pakcik yg mungkin,insyaAllah, yg akan menjadi bapa mertuaku? Itulah yg aku harapkn dari dulu..
Sepanjang aku bersembang ngan ayah Cik Iza aku dapat revise balik segala apa yg Cik Iza cite selamani..jike selameni dari mulut Cik Iza bercitekn pasal family die aku dah dengar tapi kalini cite yg same topik yg sama cuma dari mulut ketua kelurga ini sendiri yg bercitekn pada aku..cite pasal adik beradik Iza ktmane sekarang..keje mane..u mane dulu...tersenyum aku dgr.=)

Walaupun ia ibarat menceritakn bnda yg sama tapi bagi aku cukup seronok n tekun aku mendengar..hehe. seronok sgt dat time. aku xtau nak gambarkn mcm mane.

Cukup epi even title aku bersembang ngan ayah die tadi adalah aku seorang pekerja Indah Water Ipoh yg xtau ape2 pasal Cik Iza! hee. (ayh die xkenal aku lgsg even dah 10tahun berkenalan). Baru dalam keadaan xkenal aku pun aku dah epi, kalau die suke n terima aku pulak tadi aku mau rase nak terbang!!hahahahahaha.


Praktikal ni sangat membawa byk kenangan both utk aku ngan Cik Iza!! Di sini gak Cik Iza bertemu ngan ayah n mak aku after sekian lame xpernah bertembung. Juz bertembung time deme solat berjemaah di surau semesti sempena bacaan Yassin SPM dulu. Keadaan yang sama ketika pertemuan Cik Iza n mak aku di Ipoh ni..pertemuan di masjid.

Dua-dua pertemuan berlaku di umah ibadat..masjid n surau..aku harap ia adalah simbolik utk keberkatan hubungan kami..hope Allah sntiasa rahmati n berkati hubungan kami ni..amin..hee =)

Puasa

Posted by Anonymous Friday, July 29, 2011, under | No comments

~Ku harapkan Ramadhan kali ini penuh makna..agar dapat ku lalui dengan sempurna..~

Selalu dengar bait2 lagu ni kn..hee.jap je Ramadhan nk datang balik..kalini full pose dirumah. Praktikal pun dah nak abeh dengan jayanya.hehe.

Ade tengok HMI baru2 ni (pergh,HMI tu..kire aku bangun awal r kn leh tgk HMI.hehe) Dalam siaran tu die tanyela macam mane parent tu didik anak utk ajo berpuasa..jawapan si ibu tu sangat2 menraik perhatian aku. xterpikir gak leh de jawapan cmtu.

Si ibu ni cakap anak die boleh berpuasa disebabkn cite Upin Ipin! haha. kuat pengaruh citeni upenye di kalangan kanak2.

cilok pic ni dr google. ni bukan kartun, ni budak betol!hahaha

Dalam cite Upin Ipin tu deme ni siap nak bukak pose lg bile kawan die indian ajak makan, sekali amoi kawan deorang tu tegur,

" agama Islam xbagi makan time pose..even org xnmpak tapi Tuhan kn nampak.."

Even kartun tapi masej tu sampai dan kena dgn level budak2 sekarang dgn nasihat n teguran tu. Bagus jugakla impak Upin Ipin ni.

Si ibu yg buat panggilan tu siap cakap lg anak die pose full after tengok cite tu! Siap time anak die demam pun anak die xnk bukak pose! Alasan Upin Ipin pun pose gak!hehe.

Popular Posts

Tags

PenGunJunG

MeMbe On9

Say No 2 WaR!!

Blog Archive