"People take different roads seeking fulfillment and happiness. Just because they're not on your road doesn't mean they've gotten lost."

Friday, August 5, 2011

Awasi Dakyah Kristian

Posted by Anonymous Friday, August 05, 2011, under | 5 comments

Baru-baruni kecoh dalam paper sal serbuan dibuat ke atas gereja di negeri selangor. Benda ni sebenarnya sangat serius. Dalam Islam yg paling diutamaakan akidah dan isu serbuan adalah mengenai murtad. Aku ade bersembang ngan kawan2, ramai yg tidak tahu isu semasa. Inila kadang2 lemahnya kite..selalu sangat tidak ikot isu semasa. Sehinggakan kadang2 berita tahun bile punya baru la nak amek tahu.


Kalau bab yg murtad agama pun xtau kompem sal isu iklan ramadan kat tb9 kecoh coz dikatakn xhormat agama Islam pun deorang yg xalert ni xtau. Pada aku isu iklan tu xdehal pun sebenarnya. Point die jgn leka utk bersahur je. Len la tahun lepas yg terang2 c atok tua tu pakai kopiah rupe pope, kmdian bce tulisan jawi terbalik, naik terbang2 pergi ke masjid yg awan die berbentuk salib pada menara masjid tu. Ni dah terang2 la memang bab akidah. Ini iklan bersahur pun jd point. adoi. Satu lg iklan pun lebey kurang. Cakap rasis. ish. pelik. kadang2 org Islam Malaysia ni bab negur org Islam laju, padahal org bukan Islam pijak kite SENYAP!!

Berbalik isu serbuan gereja tu. Aku malas kupas banyakla, korang search kat tenet pun berlambak2. Ni aku nak kongsi mengenai article Dr. Ridhuan Tee. Die ni bagi aku terbaikla dari banyak segi. Chinese Muslim.

"Artikel ini adalah respon terkini mengenai dakwah Kristian.

Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus. Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan.

Kebetulan pula, seorang kawan baik saya berketurunan India, beragama Kristian, bersimpati dengan Islam, menelefon saya baru-baru ini. Beliau yang mengajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur, mengadukan kepada saya mengenai seorang murid Melayu darjah satu yang diajar oleh guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengenai Kristian dan menghafal lagu-lagu Kristian. Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.

Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ramai lagi sebenarnya yang menjadi mangsa, ini tidak termasuk yang masih belum dibuktikan. Hakikatnya, perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini. Mereka akan menggunakan segala platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?

Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku. Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah. Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.

Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.

Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.

Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti (NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu berselindung di sebalik kerja-kerja amal. Dua puluh tujuh tahun dahulu, ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.

Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.

Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi, seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia, tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.

Saya yakin ibu bapa murid tersebut tidak tahu menahu akan perkara tersebut. Jika ibu bapa murid tersebut tahupun, mereka tidak akan mensensasikan isu tersebut. Inilah sifat orang Melayu yang kadangkala meresahkan saya. Kepala sudah dipijak-pijak tetapi masih terus berlembut.

Berbeza sekali dengan sikap agresif ultra kiasu menangani iklan Ramadan TV8 yang dikatakan rasis. Bila hak mereka tercuit sedikit, heboh satu dunia seolah-olah negara bertuah ini begitu zalim terhadap mereka.Saya berulang kali menonton iklan tersebut melalui sebuah laman web. Saya tidak nampak di mana rasis sebagaimana yang didakwa. Tema sekadar menghormati agama sensitiviti umat Islam. Ia tidak ada kaitan sama ada iman kita lemah atau kuat. Takkan sekian lama hidup di negara bertuah ini masih tidak tahu atau tidak faham sensitiviti umat Islam? Apa erti agama Islam sebagai agama persekutuan jika tidak difahami dan dihormati.

Niat iklan tersebut adalah baik. Tetapi telah dimanupulasikan dan disensasikan. Beradab dan bersopan, adalah tuntutan semua agama. Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara, adalah wajar terutama di bulan Ramadan. Adalah kurang adab jika kita makan di khalayak ketika umat Islam sedang berpuasa, atau sengaja memakai pakaian yang tidak senonoh, yang ditentang oleh semua agama.

Sama seperti mengunjungi majlis kematian orang bukan Islam. Adalah tidak manis jika umat Islam datang dengan pakaian berwarna merah. Saya yakin jika ada umat Islam datang dengan berbaju merah ketika majlis kematian, sudah tentu akan heboh 1Malaysia. Ini yang dikatakan bila kita lakukan sesuatu dikatakan rasis, tidak sensitif, tidak menghormati hak orang Islam.

Bila mereka yang melakukannya itu dikatakan sebagai hak. Ini bukan bermakna agama lain tidak perlu dihormati. Namun, oleh kerana agama Islam adalah agama majoriti dan agama rasmi pula, saya fikir tidak salah jika bukan Islam memberikan sedikit penghormatan. Memang secara peribadi tidak teruja langsung orang makan di depan saya atau mahu telanjang sekalipun ketika berpuasa, nak muntah ada, tetapi kita bercakap soal adab sopan dan sensitiviti.

Siapa yang akan mempertahankan kesucian agama Islam jika bukan kita. Janganlah menggantung harapan bahawa orang lain akan mempertahankan kita. Bila hak ita diambil itu dikatakan hak, bila hak mereka diambil, itu dikatakan rasis dan tidak adil. Licik sungguh politik dan strategi mereka. Apakah ini bukan ultra kiasu namanya? Apabila kerajaan melarang menggunakan nama Allah, menahan Al-Kitab (bible) dalam bahasa Melayu untuk diedarkan, maka berkokoklah mereka dengan mengatakan itu hak mereka. Namun, apabila kita melarang mereka menyebarkan agama Islam kepada orang Melayu kerana bertentangan dengan perlembagaan, maka mereka mencari seribu satu alasan untuk menjustifikasikan tindakan biadab ini.

Bila kita kemukakan bukti nanti, mereka akan canangkan kepada dunia, Malaysia tidak ada kebebasan beragama. Maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah untuk mempertahankan tindakan mereka. Malangnya sungguh gagasan ini, sengaja dimanipulasi untuk menghalalkan tindakan mereka. Akhirnya, kita salah, mereka yang betul.

Tidak kurang juga banyak iklan-iklan mengenai perlakuan negatif realiti orang melayu seperti merempit, menagih dadah dan pelbagai lagi, tetapi orang Melayu tidak pernah melompat seperti ultra kiasu ini. Bila kena pada mereka semuanya sensitif, namun bila kena pada kita sebagai umat Islam, mereka senyap sahaja dan kalangan mereka bertepuk tangan."


5 comments:

Jadikan isu ni utk muhasabah diri kite juga.

Org kristian selalu buat charity utk tarik org masuk agama die, kite biler nak buat macamtu plak? Asyik kedekut je nak bersedekah.

Org kristian giat berdakwaH nk bagi org tertarik kat agama die, kite bile plak nak berdakwah ajak org bukan Islam tertarik dgn agama Islam.

Org kristian buat aktiviti utk semua kaum di gereja, supaya menarik minat diorg bila melihat agama kristian. Kite biler plak nak wat aktiviti di masjid utk org bukan Islam melihat betapa indahnya Islam kat situ? Org Islam sendiri pun x nak pergi masjid. Dlm sehari, berapa kali kite pergi masjid?

Org kristian tunjukkan contoh yg baik untuk memurtadkan begitu ramai org Islam, Tapi org Islam tak habis-habis dengan kes buang bayi, mencuri, ragut, kurg ajar dgn cikgu, rempit, dadah, yg mengikut statistiknya di"kuasai" oleh melayu Islam.

Counter attack kite bukan sekadar memberhentikan mereka, tetapi kite sendiri kene usaha lebih kuat daripada mereka untuk ajak org ramai(cina, india) masuk dan tertarik dengan Islam.

Lagi satu, kahwinlah cepat dong.. Haha.

Bain: bernas pe ko cakap ni. kita lemah dalam bagi cth kpd msyrkat. Kite lah 'juara' dlm buang bayi,mat rempit. semua ni berpunca dr kite sendiri yg lemah pegangan. kdg2 aku pkirkn bain, ibu bapa byk men perananla, byk yg kdg2 xslt bukan ape coz dlm fmly deme sendiri slt tu janggal!jd bile si anak nig ke msyrkat xde die sltnye.

berkaitan charity tu btol gak. kite bkn sdekah je kedekut sampaikn zakat yg wajib pun org kite xkeluarkn..jd mcm mana la yg miskin2 kite nk dibantu.

cadangan ko utk counter attack tu perlu tp dlm mase yg same gak mmg kena guna enakmen utk hntikn deorang..kdg2 bila org kite banteras sal agama kite bising2, padahal mmg niat kite utk halang2 muslim2 ni kuar agama. kuar parti boleh diselamatkn,kalo kuar agama..? neraka lah jawabnya.huhu.

bukan stakat ni je bain, aku ade bce pasal cikgu2 sekolah pun ade terap nilai kristian..budak2 yg xtau ape percaya la segala teori2 jesus demu tu. mak ayah kena pantau jugak.

p/s: sempat gak ko tanye sal kawen ye?hehe. nak kawen memang nak kawen, tpi duit nk sare anak dara org kena berduit bain!!hehe. tunggula. de rezeki jmput ko. even jauh ko di sane.=)

Waktu aku sekolah rendah pun ade cikgu English aku ajak belajar agama kristian.. Siot giler.. Lepas ni, kite plak ajar anak org kristian pasal Islam InshaAllah..

Pendapat aku baik hg pegi jumpe bincg cepat2 dgn mak ayah Izzah. Skurang-kurgnya taulah bajet brape la agaknye mas kahwin semua. Baru senang nak kumpul duit mulai dr skrg. Tunang cepat-cepat dong..

Jom tambah ilmu......

http://www.youtube.com/watch?v=B7QQHyEWDpI&feature=related

All the best!!

bain: thnx link ni..dah tgk da..hee. baik niat ko. nk soh tunang kn? mudahje cm ustz tu ckap..tnye die nk kmdian die jwb kire dah setelkn? kalo die stju tp fmly die lom tau cmne?hehe. akak ats die pun lom lg xde mau dilangkah bendul akak die.akak die lmbat beno! idak on je =P

bab duit tu btol..kena nabung byk2. tu boh nuffnang dlm blog ni same.antara tabung aku la ni. klik tau.hehe.thnx ya! =)

Benda bukan isi main main... aku sendiri tergamam bila mendapat tahu ibu kepada kawab aku pun terjebak sama.. habis tinggalkan anak dan suami.. katanya gara-gara ikut adik beradik dia yang lain, kerana dah tertarik dik agama kristian ni... so kawan-kawan awasilah ahli keluarga termasuk lah yang kecil hinggalah yang sudah tua... semua depa sapu.. tak kira umuw

Popular Posts

Tags

PenGunJunG

MeMbe On9

Say No 2 WaR!!

Blog Archive