"People take different roads seeking fulfillment and happiness. Just because they're not on your road doesn't mean they've gotten lost."

Monday, August 29, 2011

SALAM AIDILFITRI SEMUA!!

Posted by Anonymous Monday, August 29, 2011, under | 8 comments

Kedengaran laungan takbir di corong radio n tv..
Kedengaran mercun berletup2..
Kedengaran kanak2 berlari sambil menyanyikan lagu raya..

Sah memang esok raya petanda2 ni!!!hahahahaha.

Takbir tanda kemenangan umat Islam menempuh Ramadhan terus berkumandang..

Kegembiraan dpt dilihat dimate kanak2..berlari2 sambil main bunga api dijalan di depan umah aku..sangat ceria kanak2 mnyambut aidifitri walaupun mereka xpose penuh! epi sangat perasaan yg epi tu..hee.

Mungkin di sebalik kegembiraanni ade yg berduka dengan kehilangan mereka yg tersayang..tabahkn hati dan terus menempuh hari2 yg mendatang!


Di kesempatan ni, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan kpd semua rakan2 blogger di alam maya ni seandainya ade terkomen pada entry korang dgn mulut capui ke, terconteng shoutmix korang dgn kata2 yg xbest n mengguris ati korang semua aku mohon ampun ye..!! Aku ampunkn korang dah..(eh,ade korang wt silap ke?=P)


Semoga kita dapat bertemu lg dengan Ramadhan di tahun hadapan..moga Syawal yg menjelma ini kita menyambutnya dengan ati yg gembira! Buangkn yg sedey2 itu jauh2..hehe.

Selamat Hari Raya Aidilfitri sekali lg aku ucapkn kepada semua followers and semua rakan bloggers di alam maya ni!!!

To NoR'iZzAh My LoVeLy GurLFrEN,

EnJoY uR RaYa SweEthEart,
ForGiVE Me 4 EvrYtHinG!! =)

Friday, August 26, 2011

KEMERDEKAAN BERSAMA ROH RAMADHAN

Posted by Anonymous Friday, August 26, 2011, under | 11 comments

Rini bagi aku khutbah Jumaat yg sangat2 best bagi aku. Mimbar sangat bersemangat dlm memberi khutbah..dan yg sangat2 membuatkn aku tertarik dengan keunikan khutbah tadi adalah disebabkn imam tu sebak n menitis air mata di tengah2 khutbah jumaat,..huhu

Semua hadirin terdiam..aku leh nampak kepala2 yg tertunduk pada awal khutbah jugak mengangkat kepala memerhatikn ape yg berlaku.. Imam berhenti seketika n sekali sekala menyambung ayt quran dengan nada yg masih sebak..huhu. Bukan senang utk kita menghayati ayat quran sehingga menitis air mata kn..?

Ini 1st time aku tengok imam menitis airmata membaca khutbah Jumaat..=(

Inilah khutbah nya tadi yg bertajuk " KEMERDEKAAN BERSAMA ROH RAMADHAN.." huhu.

------------------

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Sempena bulan Ramadhan yang berkat ini, saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepada-Nya denganmelaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk mimbar Jumaat pada hari ialah:KEMERDEKAAN BERSAMA ROH RAMADHAN”.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Pada 31 ogos setiap tahun negara kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan. Setiap kali sambutan ini diadakan maka terbayanglah di fikiran kita bagaimana penjajah yang silih berganti menjajah negara kita selama lebih kurang 500 tahun. Kita amat bersyukur kerana dalam tempoh tersebut kita dapat mempertahankan akidah dan mengekalkan agama Islam sehingga diletakkan sebagai agama bagi Persekutuan. Peruntukan ini tidak diadakan oleh penjajah, tetapi diusaha oleh pejuang dan pemimpin negara seiring perjuangan mencapai kemerdekaan yang tiada ternilai harganya. Kerana itulah menjadi kewajipan setiap kita sebagai rakyat melaksanakan tanggungjawab kepada negara yang antara lainnya ialah mentaati pemerintah dengan penuh ikhlas dan rasa bangga serta menjauhi diri dari perbuatan-perbuatan mungkar seperti menganggu ketenteraman awam, menimbulkan huru-hara dan mengancam keselamatan masyarakat dan negara. Imam Syihabuddin al-Absyihi dalam kitabnya al-Mustatraf menyatakan Ketahuilah bahawa tingkatan kebahagian yang tertinggi ialah taat kepada pemerintah di samping ianya menjadi penyelamat daripada segala kekacauan.

Justeru mimbar mendoakan kesejahteraan kepada roh para pejuang kemerdekaan dan mengajak para jamaah sekalian mensyukuri nikmat kemerdekaan yang kita kecapi agar ianya berkekalan dan kemakmuran negara sentiasa bertambah dengan pengisian-pengisian yang diredhai Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 7:

Maksudnya: Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Persoalan besar pada hari ini adakah kita sebenarnya sudah merdeka?. Adakah sekadar kita lepas bebas ataupun tidak lagi dijajah oleh kuasa barat seperti sebelum ini, ataupun kerana kita telah mencapai kemajuan seperti yang kita alami sekarang, kita dikatakan sudah merdeka?. Ketahuilah bahawa bulan Ramadhan yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita merupakan suatu proses untuk mencari erti kemerdekaan yang sebenar. Sedar ataupun tidak bahawa selama ini kita sentiasa dibelenggu oleh dua penjajahan. Pertama adalah syaitan. Ia sebagai seteru terbesar manusia, kerjanya sentiasa mengajak manusia kepada mendurhakai Allah SWT sepertimana janjinya kepada tuhan. Manusia yang terjajah adalah manusia yang tidak dapat melepaskan diri daripada seruan syaitan dalam hidupnya. Manusia yang menurut telunjuk syaitan, sedikit demi sedikit semakin jauh dari Allah SWT hingga hatinya menjadi buta dari kebenaran. Ramadhan datang untuk membantu manusia melepaskan diri daripada penjajah syaitan ini. Syaitan dirantai untuk mengurangkan potensinya, urat saraf kita disempitkan dengan berlapar untuk mengurangkan jalan syaitan menguasai kita. Kedua ialah hawa nafsu dan diri sendiri sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Jaatsiyah ayat 23:

Maksudnya: Adakah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan ia disesatkan oleh Allah kerana diketahuinya, dan dimeteraikan atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi petunjuk kepadanya sesudah Allah? Oleh itu, mengapa kamu tidak mahu beringat dan insaf?.

Mereka yang dijajah oleh syaitan dan hawa nafsu dirinya sendiri tidak mampu membuat pilihan dalam hidup. Apa sahaja yang diinginkan oleh nafsu semua itu dipatuhi. Mereka ini buta biar pun celik, mereka pekak biar pun bertelinga, mereka menjadi bodoh biar pun menguasai ilmu.Lihatlah berapa ramai manusia yang rosak kerana hidup bertuhankan nafsu dan berapa banyak tamadun manusia yang musnah apabila pertimbangan tidak lagi berpaksikan tuhan tetapi berkiblatkan hawa nafsu.Yakinlah bahawa Ramadhan datang mendidik kita untuk memerangi nafsu. Betapa ketika kita ada makanan dan minuman, namun kita tidak memilihnya kerana patuh kepada perintah Allah SWT. Ini adalah pengajaran Ramadhan untuk mengajar kita berkata TIDAK kepada sesetengah kehendak diri dan nafsu. Mereka yang berjaya mengawal diri dan nafsu, adalah mereka yang benar-benar merdeka sehingga membentuk dirinya menjadi seorang insan soleh lagi bertakwa. Firman Allah SWT dalam surah al-Syams ayat 7-9:


Maksudnya: Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya. Serta mengilhamkannya jalan yang membawanya kepada kejahatan dan ketakwaan Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih.

Tarbiah madrasah Ramadhan sebenarnya dapat membentuk sebuah masyarakat dan negara rabbaniyang penuh keberkatan dan diredhai oleh Allah SWT. Rakyat yang dididik dengan roh Ramadhan tidak akan melakukan sesuatu perkara dengan mengikut perasan dan hawa nafsu, menzahirkan penghambaan yang sebenar dan sempurna kepada Allah SWT serta juga tidak diperhambakan oleh kekayaan, pengaruh harta benda, tidak dilenakan dengan kesenangan sementara. Jiwa mereka sentiasa tenang, jauh dari keluh kesah serta tidak dikuasai oleh perasaan takut. Amalan-amalan sepanjang bulan Ramadhan seperti puasa, solat berjamaah, bersedekah dapat memupuk cintakan persaudaraan dan merapatkan perpaduan antara kita. Seorang ulama sufi Ahmad bin khadrawiyah pernah berkata: Di dalam Ramadhan terdapat penghambaan yang sempurna. Ramadhan dapat mencegah si pelakunya dari akhlak yang tercela, perkataan dan perbuatan yang tercela. Adakah yang lebih indah dari kemerdekaan ini?.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Perlu diingat juga dalam kesibukan kita beribadat di bulan Ramadhan dan membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Idulfitri, janganlah kita lalai dan alpa tentang kewajipan yang perlu kita laksanakan iaitu membayar zakat samada zakat harta atau fitrah. Kewajipan zakat fitrah ini merupakan pelengkap ibadat puasa dan sebagai penutup kepada kecacatan-kecacatan yang terdapat sewaktu kita mengerjakan ibadat puasa. Tanpa mengeluarkan zakat fitrah pahala ibadat puasa akan tergantung dan tidak dapat menjadi bekalan ke akhirat. Firman Allah SWT dalam surah al-A’laa ayat 14-15:

Maksudnya:“ Sesungguhnya berjayalah orang yang berusaha membersihkan dirinya (dengan amal yang Salih). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya, serta mengerjakan sembahyang.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Mengambil kesempatan sempena dengan sambutan Idulfitri yang bakal menjelang tiba, mimbar ingin untuk menasihatkan sidang jemaah dan umat Islam sekalian supaya menjaga keselamatan di jalanraya. Sikap banyak bersabar, mematuhi peraturan jalanraya, menjaga keselamatan diri dan orang lain, mematuhi arahan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ), Polis Diraja Malaysia serta agensi yang lain akan menjadi pelengkap kepada nilai ketakwaan seseorang terhadap Allah SWT. Mudah-mudahan amalan bersabar di jalanraya dapat mengelakkan kecelakaan berlaku di saat kita ingin menyambut hari lebaran nanti. Menurut sumber PDRM sehingga bulan Mei 2011 jumlah kemalangan adalah sebanyak 8,650 dan kebanyakkannya berpunca dari kelalaian serta kesilapan pemandu itu sendiri. Janganlah kita jadikan jalanraya sebagai pusara. Ingatlah, bahawanyawa isteri, anak-anak dan keluarga kita berada di tangan kita sebagai pemandu. Sebelum kita memulakan perjalanan pastikan kita terlebih dahulu menunaikan sembahyang hajat musafir dan berdoa kepada Allah SWT agar perjalanan yang dilalui ini dalam keadaan selamat. Mimbar juga berpesan semasa kita pulang cuti beraya pastikan keselamatan rumah dalam keadaan sempurna dengan pintu dikunci, bekalan elektrik dipadam, memaklumkan kepada jiran serta melaporkan kepada pihak keselamatan ataupun polis semasa ketiadaan kita dirumah.


Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar ingin mengingatkan sidang Jumaat dan umat Islam sekalian, sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 54 pada tahun ini bersamaan pula dengan bulan Ramadhan, marilah sama-sama kita menjadikan amalan sepanjang bulan yang berkat ini sebagai amalan contoh untuk mencegah, mengawal, merawat penyakit dan mengekalkan gaya hidup yang diredai oleh Allah SWT. Mudah-mudahan keberkatan yang kita perolehi dalam bulan ini memberi kesan kepada diri kita untuk memahami erti dan roh kemerdekaan yang sebenarnya. Marilah kita merenung firman Allah SWT dalam surah Huud ayat 88:

Maksudnya: Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika Aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadanya, (patutkah Aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang Aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang Aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah Aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah Aku berserah diri dan kepada-Nyalah Aku kembali.

Tuesday, August 23, 2011

Epi AnNiversarY SweEt 76 MoNths sAyaNg

Posted by Anonymous Tuesday, August 23, 2011, under | 30 comments

Entry yg wajib aku tulis each 24 hb setiap bulan.. juz nk jadikan aku ngan Cik Iza always ingat dat sweet moment. Nothing aku arapkn daripada hubungan ni juz berharap same2 jaga ingga ia menjadi ikatan yg sah suatu ahri nnt!hee.

Macam others couplela, mesti ade 'tanda' kt pairnye konon die dah dicop la. Mentaliti bile dah bercincin mesti dah dicop.. kalah asben wife couple2 ni. hahaha. aku pun termasuk jugakla. haha.

Dulu aku de tulis sal cincin kt entry AnNiversary 69 months. Lawak citenye, aku nak jugak pakai yg patah yg lame tu.. dalam entry tu aku xleh letak pic, actually ni la pic cincin pertama kami..bese2 je. huhu. siap dah dipateri2 lg..hahahaha. kena bace link tu baru tau kisah die.

our 1st ring

siap pateri lagi coz punye sayang!haha

Ni la our ring yg baru..!!(lame jugakla baru pun..dah 4tahun)
Disebabkn takut patah lg akhirnye kami pilih utk pakai stailess steel je. simbolik je ring ni, xyah mahal xpe. =P

Actually aku gtau Cik Iza yg sebenarnye ade belikan cincin emas dah utk die. Tapi aku letak pada mak aku. Aku nak die yakin yang aku betol2 ready utk ngan die je then aku gtau..

"ayang..cincin emas yang abang belikn ni juz utk wife abang. Jadi arap cincin emas yg pada emak sekarang dapat abg sarungkn pada ayang bila tiba masa sahnya nnt..Insyaallah wife itu adalah dirimu sayang..!"

Sebab tu Cik Iza xpenah pertikai or bercite sal cincin emas or ape coz die memang tau yg aku sememangnye ade sumthing utk die nnt.. when the time is coming!


one of them.. maybe..=)

Epi AnNiversarY SweEt 76 MoNths sAyaNg..!! Moga hubungan kite diberkati n dirahmatiNya. amin =)


Monday, August 22, 2011

Paderi Melayu

Posted by Anonymous Monday, August 22, 2011, under | 26 comments

Videoni dah diupload kat youtube dr sept 2010 lg..tapi dalam tempoh 2 3ari baru la aku terserempak videoni kat AIDC..lambatnye aku. Mungkin ade yg dah tengok. Aku berminat nak share ngan korang utk tgk.. Kadang even kite dah bergelar muslim beragama Islam belum tentu lagi kite akan mati jugak dlm Islam.. ini contoh Tuhan xbagi hidayah inggakan berubah menjadi mubaligh kristian.. orang MELAYU kite!

NOTA: Aku dah cube upload video kt blog, tp asyik fail je..korang klik pd LINK bawah ni jela utk tgk ek..sori2.
Video Benjamin celaka (1) pada minit 6.23 anda boleh dgr kata2 paderi ni begini..

"Saya dari suku M (Melayu), suku yang paling sensitif ya..dan sekarang uji Tuhan, tiada yang mustahil bagi tangan tuhan, orang M juga mampu dipanggil Tuhan dan sekarang uji Tuhan, di Johor sahaja, lebih daripada atau hampir kepada 10,000 ribu jiwa M sudah diselamatkan (dimurtadkan), kata Benjamin Stephen, seorang paderi Melayu.


Korang tengok video Benjamin celaka (2) makin aku meluap panas dengan kelembapan knowledge die mengenai agama Islam..

1-Mengatakan Nabi Muhammad pun xjumpa kebenaran. Buktinya ayat alfatihah yang bermaksud 'tunjukkn aku jalan yg lurus'.. apela sengal dieni.. tengok ayat ni terus die tafsir kata nabi pun dulu terkapai2 cari kebenaran. Padahal itu kite pohon jangan kite mudah tersesat dan mohon petunjuk. Itu je.

2- Cakap nabi kuat zina coz ade banyak isteri..kemudian pertikai nabi kawen ngan Siti khadijah yg lebey tua drpd Baginda. Cetek betol pemikiran die,

3- Cakap orang yang pergi haji kucup hajarul aswad pada Kaabah tu ibarat cium kemaluan perempuan! Ya Allah.. otak yg xcerdik n bengap cam die je leh cakak camtu. geram tol aku tengok.

Komen di youtube:

"benjamin is ignorant about Islam, thats why he left and those christian who listen to this kid.. do you actually believe him?? you know better.. ask the right person..want to know about Islam teaching and practices? ask the real muslim, not some ignorant kid like benjamin" just see the second video and you will see that he doesn't know anything about Islam..where did he learnt all those nonsense???"


Banyak lagi dalam video ni..korang tengokla..Ya Allah bagilah petunjuk n hidayah kepada seluruh umat Islam yg lain moga sentiasa teguh di jalanMu Ya Allah..

Harap jugak umat Islam akidah kite kukuh dengan banyak betol anasir luar nk menngkristianisasi umat Islam sekarang terutamanya di dalam negara Malaysia ni.. Janganlah agama pun dipolitikkan, bersatu utk pertahankan Islam, bukannya utk pertahankn parti!!



Wednesday, August 17, 2011

Letak link profile blog ye senang aku FOLLOW balik =)

Posted by Anonymous Wednesday, August 17, 2011, under | 36 comments

Thanks kepada semua bloggers kat luar sane yg sudi jenguk datang ke blog aku ni even xde ape yg menarik nk dibanding dengan blog2 yg bombastic kat lua sane..

Thank you coz yg sudi drop something kt shoutmix tu..aku akan cube try track balik semua yg telah tglkn link kt situ. Yg komen2 tu lagi r terima kasih aku ucapkn ye. I'll text u letter. dn't wori. Insyaallah.=)

Bagi yg follow lak! Yg ni r paling best sekali dlm banyak2!hehe. Korang dah watkn blog aku naik sekali ganda dalam tempoh seminggu! Gile! cam xcaye. awal minggu juz 364 FOLLOWERS , sekarang dah 642 FOLLOWERS!! WoW! thanks a lots ya guys!hehe. (org lain ribu2 rilex je..aku je kecoh2.hehe =P )

Tiap ari aku track balik ke blog yg follow ni, alhamdulillah aku berjaya follow, tp certain blog XTINGGAL LINK pada PROFILE BLOG..huhu. ni payah nk terjah balik ke blog die. xbestla org follow kite tp kite xfollow die..tapi itula,die xtinggal jugak link die pada shoutmix.. menyulitkn lagila..huhu. Itu ade yg aku tercicir utk follow back,sori dat particular bloggers..really sorry. =(

Ni aku nak list blogger2 yg dtg blog aku tapi die xde link pd profile blog die:
(kalo tersedar name ni, korang editla ek..ltk link.sng kwn2 nk follow back)

- Mazz - Meersha - Shera - sufiah shaherah - lieya_alieya0289 -zita - hawa aqilia - nina - nadia - Gadis butterfly - Anis -Teratai Wangi - Fieza Jaja -Nyesha Anuar - Mario -Anita-HafizalShueda - Syafiqah zainuddin -lily pelangi -kak rose -Munirah mazaki - Cik ice Nana vam- Fadh fara -Zizi sabri -Najahmadi - Miszfateyn - Nabila - Fared -HizuanKasim -Ap Hasnida -Fila Lane -Misz Pinky Eyes -Khairunizati97 -Rozilah Arif -Cunn da -Alamsekitar - Aqis

Nama2 kat atas ni bukan banduan yg dikehendaki..cuma yg dalam list aku xde profile link..so bile korang klik foto deorang dlm kolumn follower ni kuar link kawan2 die, padahal kite nak cari die..tol x. So kalo owner2 blog ni ade nampak name die sini, lehla editkn profile ye.Letak je link. Siap.hehe. Senang org nak follow u all back!


------ Cara2 nak letak link pautan blog kite pada profile blog ----


Ni contoh perbezaan bagi deorang yg ade link pautan or x. Sori Sofia n fieza..nk jadikn cth. =)


Fieza xde link

Cara2 nak bagi photo kite de link adalah mule2 klik button follow blog kwn yg kite nak follow tu
Then korang amek more option..
Then, klik add link..
Masukkn link n name blog korang..
Klik "Add", then finish! tahniah. Dah berjaya letakkn link. So senang kwn2 nk track balik.hehe.


p/s: Sori ye terfemeskn name2 ni. kalo yg dah boh link tu,abaikn name korang ni..=)
kredit utk sofia n fieza gak.hehe.


Tuesday, August 16, 2011

NUZUL QURAN: BULAN RAMADHAN BULAN AL-QURAN

Posted by Anonymous Tuesday, August 16, 2011, under | 14 comments

Esok bersamaan 17 Ramadhan maka sambutan Nuzul Al-Quran diadakan bagi negeri-negeri Islam. Al-Quran sememangnye wajib kite bace bukan sekadar menyimpannye dalam almari2 je,tambah2 lagi bulan pose yg penuh ganjaran ni. Tidak gune kalo rumah gantung sane sini frame ayat quran tapi satu pun xpenah kite bace. sekadar gantung utk hiasan rumah..alangkah ruginye..

Aku nak share ngan korang khutbah yg dikeluarkn oleh Jakim last week bertajuk "BULAN RAMDHAN BULAN AL-QURAN"..

Rata2 imam dah bace Jumaat minggu lepas. Bagi those yg belum dgr..let read.

----------


Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Selari dengan bulan Ramadhan yang berkat ini saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepada-Nya dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk mimbar Jumaat pada hari ialah “ BULAN RAMADHAN BULAN AL-QURAN”.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Tarikh 17 Ramadhan merupakan satu tarikh yang selalu diperingati oleh umat Islam. Pada tarikh inilah masjid-masjid dipenuhi dengan ceramah Nuzul al-Quran dan media massa, surat khabar serta televisyen tidak akan terlepas menyiarkan berita serta rancangan atau kuliah sempena memperingati Nuzul al-Quran. Memang benar bahawa setiap muslim sepatutnya memperingati tarikh penurunan al-Quran. Al-Quran merupakan sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada umat manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185:


Maksudnya: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah

Imam al-Qurthubi menjelaskan, bahawa Allah SWT menurunkan al-Quran untuk menjadi petunjuk dan penjelasan bagi umat manusia. Menjelaskan kepada mereka yang halal dan haram, peringatan dan hukum-hakam, serta pembeza antara yang haq dan yang batil. Dengan demikian al- Quranlah yang seharusnya memandu dan memimpin kehidupan umat manusia.


Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Sempena bulan Ramadhan sebagai bulan Nuzul Al-Quran ini, marilah kita dengan penuh iman dan takwa bermuhasabah diri kita, apakah kita selama ini telah mengambil al-Quran sebagaimana yang Allah SWT perintahkan atau selama ini kita hanya beriman dengan sebahagian dari al-Quran atau telah mengabaikan al-Quran? Apakah selama ini al-Quran telah benar-benar kita jadikan petunjuk, sumber hukum sekaligus sebagai penyelesai kepada segala masalah kehidupan kita? ataukah sebaliknya.

Berdasarkan pemerhatian mimbar, kebanyakkan kita berusaha menjaga jasad al-Quran. Kita tidak akan meletakkan al-Quran di lantai atau di kerusi atau lain-lain tempat yang kita rasakan tidak sesuai. Kita akan marah jika mendapati sesiapa sahaja yang tidak menjaga al-Quran. Kita turut sensitif dan merasa amat marah apabila mendengar dan melihat al-Quran dipijak, dikoyak, dibakar atau dibuang di tempat yang jijik. Kita juga tidak akan berdiam diri jika al-Quran dihina, diremeh atau dipermainkan di dalam apa bentuk sekalipun. Kita memang akan menjaga kemurnian dan kesucian al-Quran dari segala bentuk penodaan dan pemalsuan. Sebenarnya segala usaha ini sangat baik dan memang sudah menjadi tugas dan kewajiban kita yang harus kita tunaikan. Bagaimanapun kita amat merasa kesal terdapat umat Islam berusaha untuk menjaga jasad al-Quran, tetapi tidak berusaha untuk menghayati isi kandungannya dan menerapkan segala perintah dan larangannya. Umat Islam marah apabila al-Quran dihina, tetapi mereka sendiri seolah-olah seperti ‘menghina atau mengenepikan’ al-Quran dengan tidak mengamalkan apa yang terdapat di dalamnya.

Mimbar juga amat bimbang terdapat dikalangan umat Islam yang hanya menjadikan al-Quran sebagai perhiasan, disimpan baik-baik di rumah dan hanya digunakan untuk hal-hal yang berunsurkan mistik, misalnya menjadikannya sebagai azimat, tangkal, pelaris, penolak bala, pengusir syaitan dan sebagainya. Mereka juga lebih suka mengambil al-Quran sebagai sebuah ‘kitab magik’ yang boleh menguntungkan jualan, memurahkan rezeki, berubat, menghalau hantu dan pelbagai kepentingan peribadi lainnya.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mimbar  ingin mengingatkan kita semua bahawa Allah SWT menurunkan al- Quran bukan sekadar untuk dibaca, malah lebih dari itu. Membaca al-Quran adalah ibadah (sunat) dan InsyaAllah kita akan beroleh pahala kerananya, tetapi mengamalkan isi kandungannya adalah WAJIB dan sesiapa sahaja mengabaikannya maka ia telah  melakukan kesalahan dan boleh sampai ke tahap berdosa besar. Siapa sahaja yang yang tidak mengamal dengan apa yang Allah telah perintahkan, maka azab Allah akan diturunkan atau menantinya di akhirat! Bagi mereka yang tidak memikul amanat Allah SWT yang telah diturunkan-Nya melalui al-Quran, maka Allah telah membuat satu perumpamaan yang hina ke atas mereka. Firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat ayat 5:

Maksudnya: “Bandingan orang yang dipikulkan kepadanya Kitab Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya, samalah seperti keldai yang memikul Kitab-kitab besar. Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim”.

Melalui ayat ini, Allah SWT menghina kaum yang tidak memikul tanggungjawab melalui wahyu yang diturunkan-Nya dengan perumpamaan seperti keldai. Bayangkanlah jika ada orang yang mengatakan kepada kita, “Anda ini seperti keldai!” Apakah perasaan kita? Apalagi yang menyatakan seperti itu ialah Allah  SWT yang kita harapkan keredhaan dan keampunan-Nya. Orang yang benar-benar beriman, bertakwa dan mengharapkan redha Allah sudah tentu akan merasa takut dan gementar akan perumpamaan tersebut.

Mimbar suka mengingatkan bahawa sesungguhnya peluang untuk menghayati al-Quran serta mengambil pedoman di dalamnya adalah kewajipan umat Islam sendiri. Persoalan besar di sini ialah apakah jawapan kita apabila Allah SWT melontarkan soalan kepada mereka yang membaca al-Quran seperti di dalam ayat 101 surah Ali-Imran:

Maksudnya: “Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w.)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus)”.

Ayat ini menunjukkan kepada kita terdapat di kalangan orang Islam menjadi kafir sedangkan al-Quran dan Sunnah berada di sisinya. Ini adalah disebabkan mereka tidak dapat menerima petunjuk Allah, justeru mereka ingkar kepada ayat Allah akan menjadi kafir.

Sesungguhnya Allah SWT memberikan penghormatan kepada kita sebagai manusia dengan kemuliaan-Nya, agar kita menjadi golongan yang mulia. Salah satu pendekatan yang mengangkat martabat umat ini ialah dengan mengamalkan ajaran al-Quran secara menyeluruh dengan menjadikan al-Quran sebagai acuan kehidupan. Oleh itu, mimbar menyeru semua pihak di dalam keberkatan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama mengambil manfaat untuk meningkatkan ketakwaan dan mengubah segala kelakuan buruk dengan mengamalkan segala isi kandung al-Quran agar kehidupan kita lebih diredhai Allah SWT. 
-----------

p/s: Alhamdulillah..korang telah berjaya bace full khutbah jumaatni..atleast dapat jugak pahale utk Ramadhan rini. Jangan lupe ngaji sekali ye! =) Selamat berpose.

Monday, August 15, 2011

~ Thank You CiK_NiNiE ~

Posted by Anonymous Monday, August 15, 2011, under | 30 comments

Firstly, thanx sangat kepada Cik_ninie coz sudi review blog aku yg seberape ni..hehe. First time org review blog kite memangla sangat2 epi! hehe. Sedangkan kalo aku BW tetibe tgk dalam bloglist blog org n tetibe ade link miZz_nizZ life pun aku ngan Cik Iza epi apetah lagi kalo org review cam Cik_ninie ni wat! Lagi r nak melompat jadinye =P

Thanx again ya! =) Really appreciate.

Tajuk bombastic betol cik ninie ni kasi, segan aku ( ye ke..=P)

BALANG 'UBAT' CIK IZA!! =)

Actually Cik_ninie summarizekn 2 entry ( ePi AnivErsaRy 5 YeaRs & Thanks a lots SaYang!!) menjadi satu. Nice summarization ( tol ke word aku ni.haha.bedal je).

Baru aku sedar yg Cik_ninie ni student UniMAP gak. So junior aku la kn?hehe. Juz berbeza course. Btw, burfday die diz months, exactly date xtaula..jenuh aku explore blog die xjumpe lak date..hehe.

Lastly, thanx again ye. arigatougozaimasu! (sambil bongkok badan tanda hormat =p )


Sunday, August 14, 2011

Mode Kecewa: Datuk Lee Chong Wei Kecundang

Posted by Anonymous Sunday, August 14, 2011, under | 36 comments

Kecewa..huhu. Penuh mengharap Datuk Lee Chong Wei leh menang malamni. Dah menang set pertama tapi second set pulak jauh ketinggalan.

Rini bukan main awal semayang maghrib coz nak fokus tengok game ni! haha. Then seronok dah leading satu game. Terus g semayang Insya! Punyala semangat g semayang siap doa bagi menang. hehe. Takut pulak kang xmenang punca dari aku g tinggal yg wajib pulak. Boleh jadi jugak kn? hahahaha.

Abeh semayang tengok2 dah masuk 3rd set..huhu. Second set spoil la.. Datuk Lee Chong wei tertinggal jauh sangat. Set penentu memang 50-50 la.

3rd set memang debaran gile!! aku siap dok depan tb siap diri2 lagi. xsenang duduk betol. Macam feel Malaysia lawan Singapore ritu dah je. Time duce Chong wei leading 21-20 punya aku berharap gile2 dapat 1 lg! huhuhu. Tapi sayang..memang Tuah xmemihak kepada Chong Wei.

Tapi overall sangat2 sengit game tadi. Pertemuan number 1 and 2..memang final 'grandslam'ni yg terbaikla. ape2 pun tahniah jugak Datuk Lee Chong Wei even kalah tadi. U still Malaysian Hero!!

Rekod pertemuan ( head to head)

p/s: Xpuas ati tol tengok Lin dan menang!! anti die. haha.Emosi lak aku. Sayangla..aku rase Chong wei kalo menang tadi die bagi peminat raket2 die kot..tengok dalam beg die dekat 4 batang raket td..huhu.=(

Saturday, August 13, 2011

Pekebun sawit vs Nuffnanger

Posted by Anonymous Saturday, August 13, 2011, under | 21 comments

Satu perbandingan yg aku cube bawak kat korang..ni berkisarkn aku la. HAha. Cuti sem ni every petang aku g tolong bapak aku kemas2 kn kebun, tebang2 semak, tabur baje2 n lain2. Bapak aku baru berjinak2 je ngan sawit ni coz baru abeh bersara guru then beralih arah ke kebun r lak..Jadi nak kata projek besosangat sawit ayah aku ni pun xdela. ade la sekangkang kera je tanahnye pun.

Sawit ni besenya org tuai 20 ari sekali..so dalam tempoh 20ari ni la org pulun jage. bukan main penat lagi. Yang jadikn penatnye sebab dulu tanah ni xterjaga langsung. Lainla kebun org lain yg dah betol2 kemas rapi. Ni perlu banyak buang semak2, pokok2 numpang ngan lalang lgi. Then waktu nak kutip hasil, pergh, penat tol cop kelapa sawit rupanye. Ingat kalo pokok rendah2 ni senang, upenye lagi penat! Kuat tol la org yg wat sawit ni. Mampuih kalo aku wat keje ni!haha. mau tertido aku dalam kebun coz penat!haha.

Itu cite bab kederat. Kalo dari bab nilai die pulak,huhu, sianla pekebun sawit. sekarang harga satu tan juz Rm585, ari2 jatuh. Dari Rm700 susut jd Rm600 sampaila Rm585 latest.Harga semalam.

Disebab baru berkecimpung dalam kebun2ni, semalam terjual 300kg je. Bolehla dpt cket2.. Tu aku terpikir, penatnye bapak aku keje. 20ari pulun baru dpt banyak ni ke?

Then aku cube compare ngan income blogger2 yg otai2..

Deorang siap ade yg dapat ratus2 seminggu! pergh! Nikmat gile kn? Yg nuffnang bagi kepercayaan utk wat sponsor entry. Best gile..huhu. jelez beb! Agaknye bile la leh jadi cam deme ek.. Blog aku ni kalo xBW jawabnye bersawang gak r.jgn arapla ade org masuk!!hahaha. En.Nuffnang,kalo baik ati bagila sy sponsor entry gak ye..leh gak masyuk2 nak raye ni.hehe.

Tapi still syukur, even xde sponsor entry pun masih dapat BE gak di bulan pose ni. Thanks sgt2 ye.

Nanti nak soh ayah aku wat blog r. LAgi untung main blog lagi banyak Nuffnang bagi dari banting tulang kt kebun..hehe.



Thursday, August 11, 2011

Beri Laluan Ambulans

Posted by miZz_nizZ Thursday, August 11, 2011, under | 28 comments

Dengarje bunyi ambulans semua kete akan cuba ke tepi. Bagi laluan utk ambulans yg tengah bergegas nak hantar pesakit yg bersabung nyawa dlm tu.

Memang bagi laluan utk ambulans tu betol,tp kadang2 kn org kite ni terlampau melulu nk bagi laluan..memang niat baik dan itu yg kite arapkn..tp deorang kena ingt deorang yg bagi laluan tu nyawa yg perlu dijaga jugak.

Aku bukan ape, semalam jln side aku hijau so semua kuarla simpang tetiba ada kereta ni macam nk merempuh ke keta2 dr arah kami coz semata2 nk bagi laluan kt ambulans. Pelan2la bg laluan pun xkn melulu. Dahla tepat ke arah aku! Sib bek aku ngelak! Idak ambulans tu bkn bawak org tu je, ngan aku2 sekali die usung ke hospital.huhu.

Kalo excident r kn, sape yg salah? kite pulak jadi serba salah nk salahkn sape. tol x?

Aku penah tgk live depan2 mate ambulans yg emergency tu sendiri excident! Semua org tergamam coz ambulas tu berpusing 2tayar je! dilanggar dr sisi kemudian pusing 360 degree. Aku tabik spring dkt driver die, boleh control sampai ambulans tu statik macam besa balik! gile kau! macam dlm movie siot. hahaha.

ihsan Mr.goOgle. bukan ni la ambulans yg aku tgk tu.
tapi senget cmnila die kena lggar.twist 360darjah!

Tapi kereta yg langgar die tu abeh..semua hncur depan. air2 radiator semua kuar. Semua usya ambulans, xde kemek lgsg pun sisi belah kanan kt blkng. Apa material ambulans ek smpai xkemek ape? aku pun xtau.

Ambulans pun pada aku perlu hati2 time drive. Even rushing jgn ingat semua org sedar akan kedatangn die dlm sesak2 jln raya ni. Nanti bukan nak selamatkn nyawa jadi nye bahkn tambahkn lagi bilangan yg sakit ade.


Aku terpikir baikla setiap ambulans yg emergency ni ade special motor beso pergi dulu, bagi org sedo ambulans nk dtg. kn senang. xknla org2penting n kenamaan je moto2 beso ni nk iring. Orang sakit pun org penting jugak.

Awal bulan ni kete bagi laluan pada ambulans pun excident. nyaris maut. Klik sini.


Tuesday, August 9, 2011

Kad Raye

Posted by Anonymous Tuesday, August 09, 2011, under | 40 comments

Semalam aku ngan sibling g la ke supermarket utk cari adiah konvo abg aku next months. Depan2 pintu supermarket ade promosi jualan kad2 raye. Tersenyum gakla aku tengok kad2 raye ni..lame dah rasenye xdapat kad raye! haha. zaman skul dulu rajinla dapat kad raye.

Ade satu kadni die tulis..
"terimala kad ni sebagai gantian SMS dariku"

Aik..bukan selalu ayat die terimala SMS pengganti kad ke?haha. Ni promosi utk nek kn balik kad2 raye kot.


Tingat aku sal zaman sekolah aku ngan Cik IZa..actually zaman aku b4 dapat couple ngan die aku selalu bagi kad raye kat die. Even die xbalas kad aku tapi aku tetap semangat utk kasi kad raye kt die! Penangan cinte punye pasal.haha. gigih beb. Ujung tahun form3 every class setiap student skul aku kena buat kad raye kemudian hantar ke cikgu seni..Cikgu seni ni lak merangkap pengurus ragbi semesti. Sangat2 kamcing ngan semua ruggers. Kalo time pose rajinla melepak kat bilik khas die kt ujung blok sekolah ni.

Cikgu Kamil name die. Cikgu Kamil ni memang taula skandal2 anak2 buah ruggers die ni. Aku couple ngan Cik Iza time form4, tapi aku ade pic Cik Iza dari aku form2 lagi! haha. dulu bukan ade fb ke ape aku leh save as je pic die kmdian g cuci pic. dulu kalo nak dapatkn gambo semuanya mmg gambo ori punyela. yg kena g cuci gune kodak tu je ade. Pic ni curi2 aku simpan since aku form2. N each tournament ragbi memang kantoila ngan Cikgu Kamil ni coz die check wallet player! Kt UKM aku still ingat nak masuk padang aku saje2 tgk wallet.

die tegur..
"oii! g r masuk padang panas badan!"

haha..aku cepat2 la masuk padang. hehe. die g kat beg aku amek wallet aku.

"ish budak ini..patutla tengok2 wallet! pic gf die upenye. ni pemangkin semangat kamula MUaz
ek?haha.bgus2. janji main betol2!"

Aku pun pikir sampai skang nape tengok pic Cik Iza time tu ek, pdahal bukan aku couple pun lagi ngan die. Dahla pic seludup!haha. After game 2003 tu memang aku asyik kene kenen je ngan Cik IZa ni. tapi best gak coz memang aku minat die pun.haha. kalo kenen ngan org yg aku xminat aku pun lemas!haha.


gini kot aku curi2 amek pic die dulu.hahaha.

Jauh dah aku melalutni..bab kad raye tadikn? So Cikgu Kamil ni la akan pegang semua kad2 raye hasi tangan pelajar2 batch aku time form3. Aku saje lepak bilik die saje nak cari kad Cik Iza ni! Semangat aku belek2 dalam timbunan lebey 100 kad dak2 batch aku buat just utk cr kad yg Cik Iza buat! hehe.

"Cikgu..sy nk kad ni boleh?

"eh,kamu jgn main mandai2 amek ni. ni contest kalo sape lawa kad die dapat adiahla..kad sape tu?"

"kad Izzah.."

"kalo Izzah kamu tu xpela..amek2!amekla simpan buat kenangan!"
gelak beso die tengok aku semangat nk kad raye orang yg aku minat ni.haha.

Kad tu aku simpan ...n sampai form4 Cik Iza terima aku jd life partner die! Alhamdulillah.hehe. n kad raye pertama after couple tau kad raye ape aku kasi? Aku kasi kad raye buatan die sendiri. Die sendiri xcaye aku pegang kad raye yg sepatutnya xde pada sape coz dah hantar!

kEdekut ke aku? Bukan kedekut maknanye, tapi aku nk die tau signifikan kad ni..it mean i really admire n love u from long2 time ago..!!hee. =P

Bukan kad ni Cik Iza kasi..ni saje amek dr google.hee.

Monday, August 8, 2011

Selangkah lagi untuk pergi Haji

Posted by Anonymous Monday, August 08, 2011, under | 16 comments

Esok mak ngan abah akan g ke klinik kesihatan utk dapatkn suntikan utk pergi mengerjakan haji ujung bulan depan. Alhamdulillah..semakin dekat da untuk mengerjakan rukun Islam yg ke-5. Hope mak abah dapat g ngan balik dgn selamat n dapat haji mabrur ye di sana. Amin.


Sebenonye aku membayangkan akan pertembungan mak ayah Cik Iza bertemu ngan mak ayah aku di Tanah Suci sane. Aku leh bayangkn benda ni coz bile mak ayah aku g kursus haji kadang2 aku dgr drpd pihak Cik Iza yg mak ayah die ade gak g ceramah kursus haji. Pernah aku cakap pada Cik iZa..

"ayang..kalo la deorang dapat bertemu dalam jemaah haji Malaysia nnt kat sane bertapa berkatla hubugan kite coz besan berjumpe di sane kn..hehe"

aku arapkn gak benda ni berlaku coz mak Cik Iza n mak aku pertama kali bertemu adalah di surau Semesti skul lame aku dulu. Itu yg mengharapkn kali ke2 berlaku di sana.

Cik Iza bertemu mak aku kali kedua di masjid Ipoh. Mak aku bertemu besan die di tempat ibadat je belum lagi. hee. kalo terjumpa di tempat yg ibadat cantek gak tu.hee. berkat2!


Tempat pertemuan xde kaitan pun dengan keutuhan hubungan, aku sesaje je kaitkan dengan tempat ni. saje2 amek berkat konon. haha. Yg penting adalah keberkatan dr Allah swt, barulah hubungan itu diberkati n kekal lame. Moga2 hubungan ni berkekalan ingga ke ikatan yg sah dan sampai bile2. hee.

Hak beragama

Posted by miZz_nizZ Monday, August 08, 2011, under | 15 comments

Saje2 aku search mengenai perlembagaan mengenai hak agama. So jumpa article 11. Kebebasan agama tetapi bersyarat. Let read..

11.1. Every person has the right to profess and practice his religion and, subject to Clause (4), to propagate it.

11.2. No person shall be compelled to pay any tax the proceeds of which are specially allocated in whole or in part for the purposes of a religion other than his own.

11.3. Every religious group has the right -
(a) to manage its own religious affairs;
(b) to establish and maintain institutions for religious or charitable purposes; and
(c) to acquire and own property and hold and administer it in accordance with law.

11.4. State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur and Labuan, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.

11.5. This Article does not authorize any act contrary to any general law relating to public order, public health or morality.

------------------------------------
Ni  article nye..huraiannya..

Dalam memahami Artikel 11(1) - "Every citizen shall be free to profess and practise HIS religion" - kata kunci utama sini ialah 'HIS' yang bermakna warganegara itu sudah punya ugama.

Jika dia penganut Hindu, ugamanya Hinduisma. Dia bebas menganut dan mengamal Hindusisma yang tidak menghalangnya mengubah ugama. Tetapi jika warganegara itu seorang Muslim, ugamanya Islam. Dia bebas menganut dan mengamal Islam yang mana dia DIHALANG mengubah ugama.

Article 11(1) tidak ditulis sebagai "every citizen shall be free to profess and practice any religion of his choice" seperti yang warga bukan Islam mahu percayai.

Sebabnya Lord Reid, Arkitek Perlembagaan, amat menyedari hampir kesemua warga Malaya dilahirkan dengan ugama dan orang Islam, berlainan dari orang bukan Islam, tidak dibenarkan menukar ugama.

------------------------------------

Jadi xde alasan cakap kite xikot undang2 rush gereja kalo kite dah tau memang deorang ada usahe nk pesongkn muslim yg beragama Islam. Muslim xsemestinye merujuk orang Melayu sahaja.

Sunday, August 7, 2011

Lemahnya Islam..

Posted by Anonymous Sunday, August 07, 2011, under | 7 comments

Ni entry rentetan dr entry b4 ni..isu ni belum abes lagi aku masih terus mengikot perkembangan isu ni. Aku tengok Hasan Ali ni menjadi mangsalaa..die semangat utk pertahankn Islam tapi orglain xsupport pun die. tunduk pada si kafir  lain. Kite asyik cakap pasal Islam tpi bile perlukn suara kite utk pertahankn Islam kite bukan main senyap lagi..kite play safe. xnk cakap ape2. no komen!

 Tapi bile sesama umat Islam macam2 fatwa kite kuarkn. Aku pelikla dewasa ni. Kite bermuka2. kite strict dgn sesama Islam tapi kite tunduk, akur, takut je ngan org bukan Islam. Come on la. kite majoriti pun kite takut. Bukannya mengenai parti tapi mengenai agama pun kite nak main play safe. Malaysia ni nmpak sangat politik cukup kotor. Agama pun dijadikn politik. Xkn kite nak tolak org yg pertahankn Islam? Disebabkn undi deorang ke kite perlu akur n mintak maap coz rush gereja??



 Saje nak bawak korang ingat lek kisah pengharaman arak dulu kat Selangor ni, Hassan Ali terpaksa mintak maap coz dah merampas arak, MBSA terpaksa pulangkn balik arak2 yg dirampas! Malunya Islam sampai sebegini kite perlu tunduk kat deorang.

ternyata betol la ayat AlMumtahanah:2.

"Jika kafir (yang kamu ambil menjadi teman rapat kamu) dapat menguasai kamu, nescaya mereka akan menjadi musuh yang merbahayakan kamu"


Satu persatu deorang tuntut daripada kita..Panggilan Allah pun deorang nak utk agama deorang..mungkin itu punca ramai melayu Islam ramai g gereja kot! coz deme ingat itu RUMAH ALLAH. Padahal rumah Allah adalah MASJID. Dengan bible deorang tukar kepada bahasa melayu..cukup lengkap deorang mintak..masalahnye orang kite sokong! gile betol masyarakat muslim kite ni. Bukan orang lain tapi melayu kite sendiri jugak!

TEngokla orang ramai pun ne nak sebut Ya Allah sekarang..lagi selesa, macho, style bile sebut menyebut OMG! Oh my GOd. Worst. Xtaula masyarakat sekarang ni..


Sesama kite cuba pelihara akidah kite..moga kelahiran kite bermula dgn Islam dan juga berakhir di dalam Islam..amin ya rabbal alamin.

Friday, August 5, 2011

Awasi Dakyah Kristian

Posted by Anonymous Friday, August 05, 2011, under | 5 comments

Baru-baruni kecoh dalam paper sal serbuan dibuat ke atas gereja di negeri selangor. Benda ni sebenarnya sangat serius. Dalam Islam yg paling diutamaakan akidah dan isu serbuan adalah mengenai murtad. Aku ade bersembang ngan kawan2, ramai yg tidak tahu isu semasa. Inila kadang2 lemahnya kite..selalu sangat tidak ikot isu semasa. Sehinggakan kadang2 berita tahun bile punya baru la nak amek tahu.

Kalau bab yg murtad agama pun xtau kompem sal isu iklan ramadan kat tb9 kecoh coz dikatakn xhormat agama Islam pun deorang yg xalert ni xtau. Pada aku isu iklan tu xdehal pun sebenarnya. Point die jgn leka utk bersahur je. Len la tahun lepas yg terang2 c atok tua tu pakai kopiah rupe pope, kmdian bce tulisan jawi terbalik, naik terbang2 pergi ke masjid yg awan die berbentuk salib pada menara masjid tu. Ni dah terang2 la memang bab akidah. Ini iklan bersahur pun jd point. adoi. Satu lg iklan pun lebey kurang. Cakap rasis. ish. pelik. kadang2 org Islam Malaysia ni bab negur org Islam laju, padahal org bukan Islam pijak kite SENYAP!!

Berbalik isu serbuan gereja tu. Aku malas kupas banyakla, korang search kat tenet pun berlambak2. Ni aku nak kongsi mengenai article Dr. Ridhuan Tee. Die ni bagi aku terbaikla dari banyak segi. Chinese Muslim.

"Artikel ini adalah respon terkini mengenai dakwah Kristian.

Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus. Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan.

Kebetulan pula, seorang kawan baik saya berketurunan India, beragama Kristian, bersimpati dengan Islam, menelefon saya baru-baru ini. Beliau yang mengajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur, mengadukan kepada saya mengenai seorang murid Melayu darjah satu yang diajar oleh guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengenai Kristian dan menghafal lagu-lagu Kristian. Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.

Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ramai lagi sebenarnya yang menjadi mangsa, ini tidak termasuk yang masih belum dibuktikan. Hakikatnya, perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini. Mereka akan menggunakan segala platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?

Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku. Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah. Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.

Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.

Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.

Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti (NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu berselindung di sebalik kerja-kerja amal. Dua puluh tujuh tahun dahulu, ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.

Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.

Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi, seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia, tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.

Saya yakin ibu bapa murid tersebut tidak tahu menahu akan perkara tersebut. Jika ibu bapa murid tersebut tahupun, mereka tidak akan mensensasikan isu tersebut. Inilah sifat orang Melayu yang kadangkala meresahkan saya. Kepala sudah dipijak-pijak tetapi masih terus berlembut.

Berbeza sekali dengan sikap agresif ultra kiasu menangani iklan Ramadan TV8 yang dikatakan rasis. Bila hak mereka tercuit sedikit, heboh satu dunia seolah-olah negara bertuah ini begitu zalim terhadap mereka.Saya berulang kali menonton iklan tersebut melalui sebuah laman web. Saya tidak nampak di mana rasis sebagaimana yang didakwa. Tema sekadar menghormati agama sensitiviti umat Islam. Ia tidak ada kaitan sama ada iman kita lemah atau kuat. Takkan sekian lama hidup di negara bertuah ini masih tidak tahu atau tidak faham sensitiviti umat Islam? Apa erti agama Islam sebagai agama persekutuan jika tidak difahami dan dihormati.

Niat iklan tersebut adalah baik. Tetapi telah dimanupulasikan dan disensasikan. Beradab dan bersopan, adalah tuntutan semua agama. Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara, adalah wajar terutama di bulan Ramadan. Adalah kurang adab jika kita makan di khalayak ketika umat Islam sedang berpuasa, atau sengaja memakai pakaian yang tidak senonoh, yang ditentang oleh semua agama.

Sama seperti mengunjungi majlis kematian orang bukan Islam. Adalah tidak manis jika umat Islam datang dengan pakaian berwarna merah. Saya yakin jika ada umat Islam datang dengan berbaju merah ketika majlis kematian, sudah tentu akan heboh 1Malaysia. Ini yang dikatakan bila kita lakukan sesuatu dikatakan rasis, tidak sensitif, tidak menghormati hak orang Islam.

Bila mereka yang melakukannya itu dikatakan sebagai hak. Ini bukan bermakna agama lain tidak perlu dihormati. Namun, oleh kerana agama Islam adalah agama majoriti dan agama rasmi pula, saya fikir tidak salah jika bukan Islam memberikan sedikit penghormatan. Memang secara peribadi tidak teruja langsung orang makan di depan saya atau mahu telanjang sekalipun ketika berpuasa, nak muntah ada, tetapi kita bercakap soal adab sopan dan sensitiviti.

Siapa yang akan mempertahankan kesucian agama Islam jika bukan kita. Janganlah menggantung harapan bahawa orang lain akan mempertahankan kita. Bila hak ita diambil itu dikatakan hak, bila hak mereka diambil, itu dikatakan rasis dan tidak adil. Licik sungguh politik dan strategi mereka. Apakah ini bukan ultra kiasu namanya? Apabila kerajaan melarang menggunakan nama Allah, menahan Al-Kitab (bible) dalam bahasa Melayu untuk diedarkan, maka berkokoklah mereka dengan mengatakan itu hak mereka. Namun, apabila kita melarang mereka menyebarkan agama Islam kepada orang Melayu kerana bertentangan dengan perlembagaan, maka mereka mencari seribu satu alasan untuk menjustifikasikan tindakan biadab ini.

Bila kita kemukakan bukti nanti, mereka akan canangkan kepada dunia, Malaysia tidak ada kebebasan beragama. Maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah untuk mempertahankan tindakan mereka. Malangnya sungguh gagasan ini, sengaja dimanipulasi untuk menghalalkan tindakan mereka. Akhirnya, kita salah, mereka yang betul.

Tidak kurang juga banyak iklan-iklan mengenai perlakuan negatif realiti orang melayu seperti merempit, menagih dadah dan pelbagai lagi, tetapi orang Melayu tidak pernah melompat seperti ultra kiasu ini. Bila kena pada mereka semuanya sensitif, namun bila kena pada kita sebagai umat Islam, mereka senyap sahaja dan kalangan mereka bertepuk tangan."


Popular Posts

Tags

PenGunJunG

MeMbe On9

Say No 2 WaR!!

Blog Archive