"People take different roads seeking fulfillment and happiness. Just because they're not on your road doesn't mean they've gotten lost."

Monday, December 30, 2013

Epi Birthday My Love Nor'Izzah!

Posted by Anonymous Monday, December 30, 2013, under | No comments

Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday..happy birthday..happy birthday to Nor'Izzah..
Happy Birthday to you sayaanngg!hee


Alhmdullilah syukur ke hadrat Ilahi, Cik Iza ku telah melangkah ke usia baru pada 19 Disember baru ni. Syukur. Epi kerana berjaya celebrate birthday Cik IZa dengan jayanya.

Xde apa yg lebey menggembirakan daripada melihat pasangan kita tersenyum kegembiraan apabila diberikan kejutan daripada kita. Senyuman, gelak tawa itu jauh lebey bererti jika nk dibandingkn segala material gift yg lain. But, pada aku bukanlah bermakna kita sudah erat tidak perlu kita perlu adiahkn sumthing. Yes, kehadiran cukup dah disisi ketika di saat hari big day birthdaynya, tp jika ada adiah it like a bonus.

Aku ni bukanlah daripada background yg penah masuk kelas seni, but selalu aku mencuba untuk membuat sesuatu yg handmade yg dibuat aku sendri. Aku admit utk buat segempak seperti di AnniVersary 5 tahun dulu cukup susah, but kali ni aku ingin mencuba buat kad sendiri jugak lg.

Pikir punya pikir, aku xde idea pun nk wat kad yg mcm mana. Aku pun main beli je kertas dulu tp pikirkn pattern kad cmna yg aku nk buat.

Itam dgn hijau, cm xkena je. Dah la aku ni xpndai sikit bab2 pemilihan color.
Bila dipegang-pegang..then belek2..ishh..apa nk buat dgn kertas2 ni. xtau nk mula dgn apa..then dlm pencil case ada sticky2 note..adoyai, pe aku nk wat kt cik Iza ni..!waa. nk suprisekn org susahnye! xde idea.haha.

Saje2la mulakn dengan main tampal2 je sticky note dgn beralaskn 2 line. ntah motif apa ntah aku nk wat...saja2 try n error je. Lupa nk gtau, aku langsung xde gam, xde gunting, pembaris..xde apa2..disebabkn birthday cik Iza ni aku g beli kesemua benda2 ni, baru benda2 ni aku ada! Pen-pen je yang ada dlm pencil case ni. haha.

Mmm.. dah kiri wat sticky note, so untuk balancekn mungkin knan pun ptut wat bnda yg sama kot pada pandngan aku. Ni memang men redah je ni, xde specific aim lgsung. Then, tengah ni kosong. aku pikir nk boh kertas A4 putih ke ek nk wt ucapan drpd aku utk dia ni..tapi cm cacat pun ada, kertas stucky note kiri knan dah kemas..xkn tgh kertas A4 je, bapak buruknya.

Belek dalam laci, alhmdulillah, ada jugak sticky note yg size besar..fuh, cun-cun pulak tu dok kt tengah. Alhmdulillah tol, Tuhan bagi flow cntek je.. di kala aku stuck xde idea, then ada je idea2 try n error aku terpikir nk wat.

Actually, utk buat kiri knan sticky note kecik2 ni, nmpak seakan mudah, tp renyah nye leh tahan jgakla..kena gam satu persatu.. aku buat ni semuanya tgh2 mlm2 2-3 pagi time kwn2 dah tido. Ntahla, for me mcm aku xnk tnjukla benda2 ni..yes it sumthing yg menarik dan nmpakla the way kita appreciate pasangan kita. Tapi dlm pada masa yang sama, malasla dicop poyo gile.

Aku selalu cakap pada Cik Iza, actually yang orang pggil2 'poyo' dan 'jiwang'ni adalah word negatifnya, walhal word sebenarnya adlah 'romantik'. the momentje org sebut jiwang it some kind yg cam negatif, tp bila sebut 'romantik' seakn jadi lebey class. Point dia adalah poyo dan jiwang ni adalah romantik sebenarnya, tetapi bila disebutje jiwang terus menjadikan seseorang itu cm negatif je (ni hujah aku utk bila org kata aku poyo n jiwangla.haha).

Xpela, org nk sebut poyo ke, jiwang ke as long my partner really appreciate my effort utk gembirakan die ia sudah memadai. That is much important =) Dan..selalula aku cakap pada Cik Iza, aku sentiasa berdoa supaya semangat2 nk epikan pasangan ni akan sentiasa mekar hinggala ke akhir hayat kami. AMin.


Kad yg dibuat ini adlah utk Cik Iza, tapi aku sendiri xtau nk pilih pic mana yg sesuai utk diletakkan.. dan pic2 tu pun aku xde idea pun nk letak di mana. Begitu byk pic aku nk print, tp aku rasakan xsesuai dan tidak kena. Lastly, aku pkir nk pic dia yg die diri sorang. Erm, payah jugak utk cr pic ni, dekat 9tahun kami couple, aku xde sangat rupanya pic die yang snap tegak sorang2!haha. Aku nk pic jenis ni supaya nampak perubahan die dari kecil hinggalah kini, br la nampak cam kad ni menunjukkan die sudah semakin dewasa. Satu persatu folder aku try crop n pilih yang mana yg padan.

Finally 5 pic ni aku rasa paling sesuai..dr kecil hingga kini. TApi masalah yg baru.. Di mana aku perlu letak?? Adoi.

1st cuba2 letak die tgh kad..Cam buruk je. Cam ntahpape. haha.

 So, decide utk letak di page blkng kad. hee.

Ada cerita di sebalik bahagian belakang kad ni. 1st nape bwah dia tulisan tangan (dahla buruk!haha) dan satu lagi satu if besarkan pic ni, tulisan 19 dec ni gile2 buruk aku potong!!!

Dalam pembuatan kad ni, part tulisan 19 DEC ni paling renyah dan kritikal bagi aku. Aku punyai masalah besar dalam handling benda ni. Obvious kritikal masalah aku. Aku xberseni! Korang tgk aku potong tulisan ni cmna. Aku mulakan dengan buang lubang dalam number n uruf ni. Sangat buruk aku tebuk, leh nmpak cebisan2 kertas putih yg aku xbuang habis. Aku xtau caranya.(supposely xperlu pun semata2 tebuk tengah tu dlu, tapi guntingkn je skit huruf tu supaya gunting leh masuk ke dlm ruangan kosong tu. Nampak beno nk wat tapi xreti!haha)

Dahla dengan ptong kertas atas pelapik org siang ikan!! Memang style habes. (usya pic Cik IZa baby tu, siap aku terpotong kepala die! Parkinson tol tgn aku wat keje ni.haha.)

Kertas yang berprintkn tulisan ni aku xtau bape lai aku peronyok buang. Coz aku potong huduh sangat. Xkn nk bagi kad birthday kt org dgn buruk2.. Aku sampai rasa nk beli kad dari kedai je rather than dok potong2 TETAP jadi huduh. Tu bwh pic2 tu akhirnya aku tulis tgnje. Give up utk terus menggunting.



 Aku ceritakan benda ni pada Cik Iza yg aku give up utk guntingkn ni. Dia dengar dengan tekun. Betol2 mengharapkan dia appreciate apa yg Cik Bf dia lakukn ni.hee.

Then...inilah hasilnya kad tu after siap. TADAAAAA...!! hee. (kalo la tulisan aku lawa lg..kan best.haha)


Sticky2 note kecik2 di sidebar tu adalah bertulis 19 DEC 1989 sehinggalah 19 DEC 2013. Berapa bilangan kertas yg ada itu symbolicnya adalah usia Cik Iza kekasihku ini =)

Di bawah kad ini, ada ayat2 di dalam kotak. Itu adalah ucapan khas daripada aku kepadanya. Tapi aku xbiarkn semudah itu Cik Iza baca. Ada 100 words aku tulis, dan aku selerakkan kesemua words aku ke serata kotak dan mustahil utk dia temui ayat aku tujukan kepadanya tanpa bantuan aku.
Kami lepak di tepi laut Kuala Perlis. Cik Iza ingin baca kesemua ayat. Tu mintak pertolongan aku tolong bagikn hint. Actually clue tu sememangnya ada di dalam kad itu sendiri, cuma Cik Iza xperasan.hee.
 
B4 Cik Iza diberitahu ada clue tu, nampak betul kekasih aku sorangni, struggle betol dalam cuba memahami ayat Bf die tuliskn ni. Thanks sweetheart! hee.

Clue nya aku selitkan kemas dibawah pic Cik IZa itu sendiri. MEmang agak xperasan pun. YEs. Motif aku sorok berjaya. Thank Allah. =)



 Lancar pun Cik Iza baca bila nampak number susunan 1 hingga 100 yang telah diselerakkan ni.

Dalam tempoh aku nk buat ni, aku pun terpaksa gunakan excel. Aku sendiri pening dalam nk susun ayat ni dengan teraburkan kedudukan ayt ni!haha. Siap aku kalerkn box lagi demi nk tahu sequence ayt tu cmna. Semangat aku nk bagi kelainan daripada kad2 yg dibeli di kedai.

Mungkin di kedai mampu kita miliki kad yg cantek, kemas dan lawa..tetapi kad yang ikhlas, yang penuh dgn perasaan sayang cmni xde di kedai2 =)

Sempat aku snapkan ayat yang telah disusun oleh Cik IZa. Siap bawah tu aku marking disemak lg!hahaha.

Then kami g makan steamboat  esoknya!hee.
(Detik 12AM 19 Dec tu ada buat suprise jugak, next entry la tulis.hee)

HAPPY BIRTHDAY MY LOVE NOR'IZZAH!

SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR, DIMURAHKAN REZKI DAN HIDUP SENTIASA DIBERKATI ALLAH SWT.HEE.

Monday, December 2, 2013

Selamat Pengantin Baru Para Sahabatku!

Posted by Anonymous Monday, December 02, 2013, under | 1 comment

"Cinta merupakan sebuah kegilaan sementara yang boleh disembuhkan dengan sebuah pernikahan”
(Ambrose Bierce)

Tahniah kepada sahabat-sahabat handai yang telah selamat bernikah dengan insan pasangan hati masing-masing. Tahniah saudara Abdul Fatah dan Nad, Nizam (pape), Lufti, Suhail Anwar, Pedo dan coming soon masih ramai; Abdul Munim& Izzati, Papa&Yenna dan several pair lain yang akan menyusul =)

Tahniah kalian. Semoga hubungan ikatan pernikahan sentiasa bahagia dan diberkati Allah swt sehingga ke akhir hayat.

Rumah memang terbuat dari dinding dan jendela, rumahtangga pula tercipta dari kasih sayang dan cita-cita. Jadi hargai dan sayangi pasangan anda betol2.hee. (Nasihat orang yang  masih bujang dan belom bernikah.haha)


Cik Iza kita bila lagi ni.. Semua kawan-kawan dah mula g honeymoon. Nak honeymoon jugak!ops.hee.

Popular Posts

Tags

PenGunJunG

MeMbe On9

Say No 2 WaR!!

Blog Archive