"People take different roads seeking fulfillment and happiness. Just because they're not on your road doesn't mean they've gotten lost."

Monday, July 11, 2011

Semoga Arwah Bapa Jamal dicucuri rahmat

Posted by Anonymous Monday, July 11, 2011, under | 2 comments

Saudara jamal yg lebey dikenali 'jamek' dlm bacth aku di Semesti dulu baru sahaja kehilangan bapanya pagi tadi di dalam kemalangan..yang pergi sememangnya telah tertulis dan aku harap ko jamek kuatkan diri n tabah tempuhi masa akan datang.


Semoga arwah En.Abu Bakar dicucuri rahmat n ditempatkn dikalangan mereka yg beriman.

Bila terputusnya nyawa anak Adam di bumi Allah ini hanya tinggalkan beberapa perkara dan salah satunya adalah doa dari si anak..Jamek, banyak2 kn berdoa untuk bapamu.

Tidak perlu dibandingkan kehilangan bapa ketika kecil dan kehilangan bapa ketika dewasa, yang mana satu lebih menduga atau pun apa, kedua2 ini punyai kesedihannya yg tersendiri..selagi nyawa dikandung badan kita teruskn perjuangan idup yg belum selesai.

Bagi kita yg masih punyai kedua ibu bapa..hormati n hargailah mereka, jgnlah kita menderhakai n melukakn hati mereka..kerana sekali mereka pergi mereka xkn kembali selama2nya..renungan untuk aku dan korang semua.

Ini tidak ada kaitan dgn jamek tapi sekadar teguran kerana sekarang kita sangat2 cincai n amek remeh layanan terhadap ibu dan bapa kita..

Alfatihah utk bapa jamal.

2 comments:

lah..jamek ke aku ingat jamal mana td..

innalillah..

Popular Posts

Tags

PenGunJunG

MeMbe On9

Say No 2 WaR!!

Blog Archive