ni aku amek dr email membe aku. aku sndri pn xtau b4 ni. so aku nk share. hehe.bacela.
PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT
Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -
1)NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )
2)KERETA TERKUNCI
-Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini..Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
3)KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .
4)TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya
Sunday, October 25, 2009
RAHSIA HANDSET UTK KECEMASAN
Posted by miZz_nizZ
Sunday, October 25, 2009, under | 1 comment
Popular Posts
-
Salam Guys, Entah mengapa tetiba hendak bukak dashboard blog ini...last entry august 2014. Wow..setahun lebey. Actually plenty of things...
-
Videoni dah diupload kat youtube dr sept 2010 lg..tapi dalam tempoh 2 3ari baru la aku terserempak videoni kat AIDC..lambatnye aku. Mungkin ...
-
Assalamualaikum Nor' Izzah isteriku yang disayangi, Lama aku x menulis panjang kepada dirimu Cik Iza. Mungkin catatan kali ini akan men...
-
Esok mak ngan abah akan g ke klinik kesihatan utk dapatkn suntikan utk pergi mengerjakan haji ujung bulan depan. Alhamdulillah..semakin deka...
-
Marhaban Ya Ramadhan, Salam Ramadhan guys. Hampir seminggu dah nak pose aku baru nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Puasa. haha. Banyak ...
-
Salam guys! Sekali lagi aku ambil masa yg cukup..cukup lama utk menulis entry yg baru. Ni pun tetiba pikir utk menulis entry, tapi mungkin ...
-
Entry yg wajib aku tulis each 24 hb setiap bulan.. juz nk jadikan aku ngan Cik Iza always ingat dat sweet moment. Nothing aku arapkn daripad...
-
Respect la kat team Jamaica! terbaikla. Memang awesome r performance relay tadi! Aku dah terase mcm nak pecah rekod baru lagi b4 start runn...
-
Esok bersamaan 17 Ramadhan maka sambutan Nuzul Al-Quran diadakan bagi negeri-negeri Islam. Al-Quran sememangnye wajib kite bace bukan sekada...
-
Satu perbandingan yg aku cube bawak kat korang..ni berkisarkn aku la. HAha. Cuti sem ni every petang aku g tolong bapak aku kemas2 kn kebun,...



1 comments:
wonderful secrets..thanks dude
Post a Comment